Monday, May 23, 2016

SENTUHAN MISBUN SIDEK BOLEHKAN DENMARK JADI JUARA PIALA THOMAS... BAM PULA TERUS BERMAIN POLITIK PERSATUAN!!!



Berita tentang tiga orang pemain badminton Denmark yang berguru dengan Misbun Hj Sidek sebelum mereka berjuang bagi negara mereka dan berjaya menjulang Piala Thomas buat kali pertama, bukan sahaja untuk negara Denmark tetapi juga untuk Benua Eropah, agak 'mengejutkan'.

Pada ketika pasukan badminton negara begitu teruja dengan tenaga-tenaga asing, pemain-pemain asing pula datang untuk berguru dengan rakyat tempatan. Dan akhirnya terbukti, jurulatih tempatan jauh lebih baik berbanding jurulatih luar yang dilingkungi protokol, prosedur, red-tape dan politik persatuan sukan.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Sekalipun telah bertukar-tukar Presiden, tetapi hakikatnya pegawai-pegawainya adalah orang yang sama, yang mempunyai pemikiran kuno, yang masih mengamalkan politik sesama sendiri berbanding menaikkan mutu sukan Badminton di negara ini.

Kejayaan terakhir Malaysia merangkul Piala Thomas, piala yang paling berprestij dalam dunia badminton adalah pada tahun 1992. Selepas kejayaan itu, BAM menjadi bertambah teruk kerana kemelut tamak dan haloba.

Sehingga ke hari ini, penyakit tersebut masih belum berakhir.

Dan bacalah berita ini:

"Mereka berguru bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi... memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik. 
"Sebenarnya sebelum saya dan pasukan negara menjulang Piala Thomas pada 1992, kami turut melakukan perkara yang sama yang mana pasukan negara berlatih dengan tiga jurulatih dari China, dan ketika itu memang sasaran kami adalah untuk menjulang Piala Thomas. 
"Ini adalah persiapan yang dilakukan oleh Denmark, seharusnya kita pun begitu," katanya ketika dihubungi Bernama. 
Jalani berkata, Misbun tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mana-mana pemain yang mahukan pengalaman serta tunjuk ajar. 
"Pemain Denmark adalah pemain kelab, segala perbelanjaan untuk menjalani latihan itu ditanggung sendiri dan tidak membabitkan persatuan negara berkenaan. Jadi, pemain mereka bebas untuk ke mana sahaja menjalani latihan.
"Mereka berjumpa Misbun kerana ingin mengetahui bagaimana Chong Wei masih kompetitif sehingga kini. 
"Misbun juga mengenali mereka ketika bersama-sama Chong Wei dahulu dan mempunyai pengetahuan tentang pemain Denmark," katanya. 
Mengulas mengenai prestasi skuad negara, Jalani berkata, pemilihan pemain adalah tanggungjawab Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan badan induk itu sendiri lebih mengetahui tentang kelebihan pemain negara. 
"Saya hanya berkongsi pendapat apabila ditanya mengenai pasukan Piala Thomas 1992 dan yang sekarang, pemilihan pemain itu adalah keputusan BAM. "Sekiranya BAM kata layak ke separuh akhir itu satu bonus, jadi itu tidak salah... pada 1992 dulu, sasaran kami adalah menjulang Piala Thomas. 
"Jika dulu kami mendapat pendedahan daripada tiga jurulatih China untuk menewaskan pasukan China, sekarang pemain mempunyai Morten Frost Hansen (Pengarah Teknikal BAM) yang pasti mempunyai kepakaran tentang pemain Denmark," katanya. (SUMBER)

3 comments:

zakir said...

Masalah BAM takkan selesai selagi tiada rombakan terhadap pegawai2 tinggi dlm persatuan tu. Tukar presiden (Melayu) banyak kali pun tak guna sbb pegawai2 lain (Cina) yg masih lagi mempunyai kedudukan dan pengaruh yg kuat dlm BAM tak ditukar2, dah jd mcm dinosaur dah kat dlm persatuan tu. Coach2 Melayu sume blah dr BAM sbb mereka tau yg BAM berkeras nak wakil Malaysia mesti org Cina. Skang ni dorang tgh try nak push Liew Daren tp mmg nampak sgt dia blom berkeupayaan utk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa lg. Bila dah xde org Cina yg berkeupayaan, barula nak ketengahkan org Melayu, tu pun tak ke mana sbb nampak sgt kurang pengalaman bermain di peringkat tinggi.

Anonymous said...

Norza tu patut buang dulu. Rasanya tinggi net pun tak sampai. Org yg pernah pegang raket badminton je yg layak pegang jawatan dalam persatuan. Kalau setakat nak pegang jawatan sebab nak baik dengan orang tertentu, baik tak payah.

abdulrahman.abdulrashed said...

perkara sama berlaku dlm sukan MTBA (Bowling) negara. perkara namun dlm situasi berbeza pula berlaku dlm FAM. ironinnya, sesuatu sukan atau usaha utk mencapai kejayaan perlu kerjasama semua bangsa dan usaha secara bersama. perlu tinggalkan perasaan taksub kepada bangsa dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi mahupun pihak tertentu.

malaysia tidak akan maju sekali kita semua masih ada prasangka buruk sesama kita.

top