Friday, June 17, 2016

KEMPEN SAAT-SAAT AKHIR PIHAK YANG DIDALANGI DAP, PENUH DENGAN PROVOKASI DAN SERANGAN PERIBADI!!!



Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tempoh kempen ditutup sepenuhnya sebelum proses pengundian di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Seperti yang dijangka, pihak yang berasakan mereka mula terancam dan peluang untuk menang mula tertutup, fitnah-fitnah mula digerakkan dan kerja-kerja provokasi menjadi bahan kempen utama.

Di Sungai Besar, vandalisme ke atas poster-poster calon BN, Budiman Zohdi telah dapat dikesan. Beberapa poster calon BN itu, bukan sahaja dirosakkan, tetapi juga dibaling dengan cat merah. Ada sesetengah poster, terutama di kawasan Sekinchan pula, ditampalkan lambang DAP dan PKR.


Di Kuala Kangsar pula, whatsapp fitnah ke atas calon BN, Mastura Mohd Yazid, pula dapat dikesan. Fitnah tersebut menyatakan, Mastura telah menerima derma berjumlah RM500,000.

Kempen menerusi WhatsApp dan Telegram akan diteruskan sepanjang malam ini sehingga petang esok memandangkan WhatsApp dan Telegram ataupun mana-mana media sosial tidak tertakluk di bawah undang-undang SPR.


Nampaknya kempen politik di Malaysia tetap tidak matang dan politik di Malaysia tetap bersifat keanak-anakan yang bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat. Politik di Malaysia tidak bertujuan untuk membawa masyarakat di negara ini memahami maksud kenegaraan sebaliknya lebih bersifat mencari SIAPA SALAH. Kalau tak jumpa sebarang kesalahan, cipta kesalahan agar rakyat terpedaya dan kemudian bersatu untuk pemikiran yang lebih negatif.

Dek kerana itulah, masyarakat Malaysia dilihat semakin melampau dan mengada-ngada. Keselamatan negara tidak lagi menjadi perkara terpenting, sebaliknya yang diinginkan adalah politik sensasi termasuklah mempolitikkan keselamatan negara dan rakyat Malaysia secara sensasi sepertimana yang berlaku dalam isu duit tebusan RM12 juta yang sekarang ini banyak diperkatakan.

Sampai bila agaknya, politik di Malaysia benar-benar akan menemui kematangan dan rakyat akan menerima politik sebagai salah satu tanggungjawab pada masanya sahaja, bukan pada sepanjang masa seperti yang diamalkan sekarang?

Sampai bilakah rakyat Malaysia hendak terus menjadi pak turut kepada ahli-ahli politik tanpa mampu berfikir secara waras dan dengan akal yang lebih sihat?


No comments:

top