Walaupun masih bergelar Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugas, Muhyiddin memperlihatkan sikap 'BAKAR JAMBATAN' sekaligus bertentangan dengan kenyataan retoriknya dahulu, dia adalah UMNO TOTOK.
Tindakannya itu pasti akan mengundang tindakan daripada Majlis Tertinggi UMNO.
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Muhyiddin mahupun mana-mana pemimpin UMNO yang bermasalah kerana kepentingan terjejas, kepentingan hilang, kedudukan terancam dan kedudukan dirampas, perangai yang ditunjukkan oleh Muhyiddin Yassin adalah standard. Muhyiddin Yassin bukannya orang pertama yang berbuat begitu. Sebelum ini, antara yang terkenal adalah Rais Yatim, Shahril Samad, Tengku Razaleigh dan sebagainya.
Menariknya, orang seperti Shahril Samad, ada prinsip. Disebabkan UMNO dilihat tidak memerlukannya dan dia sendiri tidak dapat menerima kepimpinan Dr. Mahathir, maka dia letak jawatan dan keluar dari parti sebelum mencalonkan dirinya sebagai calon BEBAS dalam PRK Johor Bahru tahun 1988.
Sedangkan Muhyiddin pula masih berterusan berada di dalam UMNO dan bergayut dengan falsafah, dia sayangkan UMNO tetapi mahu menggulingkan Najib bagi menyelamatkan UMNO!
Hari ini, Muhyiddin keluar dari persembunyiannya apabila cerita aibnya semakin mendapat perhatian. Selain sebagai reversed psychology, Muhyiddin juga seperti mahu melepaskan geram kerana dia menjadi 'mangsa'.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan terbuka kepada Amanah di kedua-dua kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Sementara itu, portal Amanah, MALAYSIA DATELINE menganggap kedatangan Muhyiddin merupakan petanda peluang parti baharu itu menang “sangat tinggi”
“Muhyiddin tidak turun berkempen untuk calon yang dia yakin tidak akan menang tambah-tambah di saat-saat akhir macam ini,” lapornya memetik penganalisis politik.
7 comments:
Ini yg dikatakan.. marahkan nyamuk kelambu dibakar.
bagi la chance...dah check mate dah tu.....bye2 muhyidin.....
Muhyudin bukan ahli Umno totok seperti yang dia dakwa berdegar degar tapi jenis keturunan Jawa Totok yang tidak ada pendirian dalam berpolitik. Hancur Melayu dibuatnya Si Totok ni...
Pengkhianat!!! Tu yg dia ckp syg umno? Umno toyok? Burit ko lh mhyuddin.
Totok umno warna oren....
Macam2 ada masa ada prk....
Lawak orang dah check mate...
dah kelambu sume bocor...bakorkan jer...penjilat, pencacai, dedak jer yg sokong B end skang nie...hahahhaha...puihhhh...lancau jaga kepentingan melayu, korang tu yg menghancurkan melayu la...
Suka hati dia le. Kenapa nak sebok-sebok. Dia pun ada strategi dia sendiri.
Post a Comment