Friday, November 4, 2016

PROPAGANDA KARTEL UNTUK NAIKKAN HARGA GAS SUDAH BERMULA... ADAKAH KPDNKK SEKALI LAGI AKAN TUNDUK KEPADA MEREKA?!!!



Ketua Setiausaha KPDNKK telah mengumumkan bahawa berita yang disebarluaskan oleh media-media berbahasa Cina yang kemudian dipungut oleh cai-cai Melayu DAP untuk menakutkan masyarakat pengguna, sekaligus menimbulkan pembelian panik dan implikasi rantaian yang membolehkan mereka mengaut untung besar, sebagai palsu.

Media-media berbahasa Cina kembali mengulangi taktik untuk menimbulkan kepanikan di kalangan masyarakat pengguna sepertimana yang mereka lakukan dalam isu minyak masak, apabila melaporkan kerajaan akan menaikkan harga gas memasak sekaligus akan menyebabkan rakyat semakin marah kepada kerajaan.


Kartel-kartel yang menguasai barangan asas dan keperluan di negara ini tahu apa yang harus mereka lakukan. Dan mereka juga tahu, KPDNKK serta pihak berkuasa tidak akan boleh berbuat apa-apa, sekalipun orang-orang besar kementerian termasuklah Menteri membuat pengumuman yang bercanggah dengan apa yang mereka mahukan.

Penyusutan barangan di pasaran dan kalau mahu, perlu dibeli pada harga lebih tinggi daripada kebiasaan, merupakan senjata yang paling ampuh untuk melawan pihak berkuasa. Pihak berkuasa pula sekadar terkapai-kapai membuat pengumuman di hadapan media dan wartawan. Dan selepas itu, keadaan kembali berpihak kepada kartel.




Setakat aduan demi aduan yang dibuat, bahkan pengguna menggunakan media sosial seperti FB untuk menyebarluaskan masalah penyusutan barangan pengguna, namun setakat ini, belum ada lagi tindakan yang benar-benar tegas dapat menahan aktiviti kartel.

Malahan lebih malang lagi, berita-berita tentang penyeludupan bahan bersubsidi Malaysia ke negara jiran seperti gas memasak dan minyak masak, turut tersebar dengan meluas, sekaligus menampakkan kelemahan pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan dalam membendung kegiatan ini.


KSU KPDNKK telah membuat pengumuman yang gas memasak tidak akan dinaikkan harga. Namun yang pasti ialah, harga akan dinaikkan walaupun tidak mendapat kebenaran. Dan akhirnya apabila kenaikan harga tidak terkawal, kerajaan khususnya KPDNKK akan bersetuju dengan kenaikan tersebut.

Akhirnya yang akan dipersalahkan adalah Najib Abdul Razak...

Yang kaut untung besar adalah kartel-kartel serta sebahagian daripada kakitangan awam yang bekerjasama dengan kartel.

Terlebih untung lagi adalah DAP yang mungkin mendapat laba besar daripada kenaikan tersebut, memandangkan mereka lebih seronok menyalahkan kerajaan tetapi tidak berani langsung bercakap agar penguatkuasaan dan pengekangan ke atas kartel-kartel dibuat!


11 comments:

Anonymous said...

Kartel2 geng depa....mata pun sepet. Dasar keturunan Juk & Makjuj

Anonymous said...

nak kata bangang tak bangang..
nak kata pandai tak berapa cerdik..

ayat kau ""KSU KPDNKK telah membuat pengumuman yang gas memasak tidak akan dinaikkan harga. Namun yang pasti ialah, harga akan dinaikkan walaupun tidak mendapat kebenaran. Dan akhirnya apabila kenaikan harga tidak terkawal, kerajaan khususnya KPDNKK akan bersetuju dengan kenaikan tersebut.

Akhirnya yang akan dipersalahkan adalah Najib Abdul Razak...

Yang kaut untung besar adalah kartel-kartel serta sebahagian daripada kakitangan awam yang bekerjasama dengan kartel.""


kenapa salahkan kartel?


LPG datang drp PETRONAS.
samada PETRON atau SHELL atau PETRONAS, semuanya adalah drp sumber yg sama iaitu PETRONAS.

dan setahu aku, LPG price drp petronas dan di apungkan mcm diesel dan petrol.

mana rasional nya tulisan kau ni??


Anonymous said...

Minyak masak hari tu pun dinafikan jugak tetapi akhirnya apa yg dikatakan sebagai khàbar angin itu benar...

juragan69 said...

Kahkahkah...apa punya lawak lh lu,knp segala penguatkuasa malaysia ni semua dikawal.. kpdnkk tk blh nk lawan kartel..jpj,kastam dan imigresen pula dikawal tonto..aduhhh malangnya negara yg merdeka ttp tonto dan gangster yg kawal undang2..polis dan tentera siapa yg kawal bhai..apakh jabatan kehakiman juga dikawal dan terkawal???
Jika sblm ni tv3, utusan malaysia antara jentera kerajaan yg sentiasa DISAMAN oleh pmbngkang kerana mngeluarkn berita palsu..knp pula kementerian yg rasa mereka difitnah oleh akhbar cina dgn laporan palsu tk mampu nk buat apa2 tndakan???tkkn blogger sprti lu diberi tugas utk bersihkn nama kerajaan..wow besar betul tugas blogger pro BN ya..nk bg nasihat lg, nk bg penerangan lg,nk buat cerita dongeng lg, nk buat skrip drama lg,nk buat propaganda lg.. wow upah mesti besar kn..
bhai ada kerja kosong ke..sbb nk buat kerja menipu atau propa ni mudah je..nk mnjadi jujur yg Susah !!masalah nya bhai hmpir 90% laporan akhbar cina adalah benar cuma mnkin masa sahaja yg menentukn kebenaran..bkn aku ckp laporan utusan malaysia 100% palsu..cerita rompak laporan benar(pemimpin rompak rakyat mmng tk keluar)kes rogol juga benar dan tepat,kisah harimau malaya yg jd skuad belasahan juga tepat...tp itulh je yg benar dan tepat dlm media dibawah BN..yg lain tu lbh kpd cerita yg dimainkn blogger cam lu..

Anonymous said...

Itulah tipudaya mereka... setelah mereka berjaya monopoli ekonomi kita.

Anonymous said...

di negara ni, cerita-cerita harga naik tu dikatakan palsu, ikut sejarah lalu akhirnya memang betul harga akan naik!

Anonymous said...

Kalau harga minyak ditarik subsidi kenapa nak eksport minyak tu lagi? berikan kepada rakyat untuk menikmati dengan harga yang murah...

Anonymous said...

Minyak masak ari tu pon kate palsu...last2 naìk juga....so nak pcaya kat sape...cercrita cercrita...
KPDNKK ke...menteri ke...media ke..kartel ke...rasenya baik pcaya kartel....skurang-kurangnya blh trima hakikat dr awal...dr dgr alasan yg mcm kartun

Mustaffa Taha said...

tak boleh percaya lu...sebab memang segala yang direpot memang benar terjadi, walaupun akhar cina, memang dia nampak permainan kerajaan lu. cam brader atas kata, terima hakikat. orang munafik cam lu, sembang tak naik.last2 ke laut juga. wa menyirap tengok bahasa pundek lu...sebab tu wa komen.

Anonymous said...

Klu betul2 naik selepas penafian, itu biasalah ttpi klu betul2 tak naik slps penafian, itu agak luar biasa. Ini berdasarkan kejadian yg biasa berlaku.

Anonymous said...

Sebab Najib nak menampung hanya beruk2 Felda Dan kakitangan kerajaan Dan rasuah kpd org2 UMNO.

top