Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, November 5, 2016

MAHATHIR SURUH LUPAKAN TENTANG GEORGE SOROS, TAPI TUMPUKAN UNTUK GULINGKAN NAJIB DAN KERAJAAN!!!



Kata Mahathir, cerita-cerita tentang George Soros membiayai beberapa entiti yang selama ini membangkitkan pelbagai isu, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar untuk merencatkan demonstrasi jalanan BERSIH 5.0 yang akan berlangsung pada 19 November nanti.

Minggu lepas, dokumen-dokumen yang dibocorkan, menunjukkan Open Society Foundation milik George Soros membiayai beberapa organisasi tempatan sebagai sebahagian daripada program mempengaruhi keputusan PRU akan datang. Antara yang dibiayai oleh Soros termasuklah BERSIH, Merdeka Centre, Malaysiakini dan Majlis Peguam.

Maria Chin Abdullah, pemimpin utama BERSIH mengakui, kumpulannya telah menerima geran sebanyak RM70,000 daripada OSF antara 2010 dan 2011.

Mahathir berkata, keutamaan sekarang adalah menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak, bukannya mempersoalkan dana pembiayaan BERSIH. Bahkan dia meragui yang Soros pernah memberikan sumbangan kepada kumpulan tersebut.

"Semuanya adalah tuduhan semata-mata. Saya rasa ini adalah modus operandi mereka untuk menghalang demonstrasi itu," katanya (RUJUK SINI)

Mahathir merupakan orang pertama yang mendedahkan tentang perbuatan dan penglibatan George Soros dalam menghancurkan ekonomi dan sistem kewangan Malaysia dan beberapa buah negara rantau ASEAN pada penghujung tahun 1990-an.

Walaupun pada masa yang sama, punca sebenar keruntuhan ekonomi, kewangan, perbankan dan pasaran saham Malaysia diletakkan pada amalan Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN), terutama sekali melibatkan projek-projek awam yang semuanya dikawal dan diserahkan kepada kumpulan yang rapat dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang digelarkan sebagai 'SUPER BUMIPUTERA', namun Mahathir tetap menyalahkan George Soros sehingga menggelarkan lelaki Yahudi itu sebagai PENYANGAK MATAWANG. (BACA SINI) dan (SINI)

Hanya kerana ketakutan dan kebimbangan kekacauan di Indonesia melibatkan kaum dan agama sahaja, membuatkan beberapa usaha dilakukan termasuklah oleh Suqui dan Dong Zhong yang akhirnya memberikan kemenangan dan pengekalan jawatan serta kerajaan Mahathir pada tahun 1999.

Kini Mahathir yang sudah pun diserang penyakit nyanyok, kembali bercakap tentang George Soros. Tetapi nadanya sudah terbalik. Seolah-olah dia mahu memberitahu betapa betulnya George Soros yang menterbalikkan tuduhannya bahawa Malaysia sebenarnya hampir ranap kerana perbuatan Mahathir yang menggasak wang rakyat menerusi projek-projek penswastaan mega yang hanya memberikan keuntungan kepada kroni, manakala rakyat pula terpaksa menanggung beban tersebut seumur hidup walau sesiapa pun yang naik jadi Perdana Menteri.


3 comments:

Anonymous said...

Kalut semuanya...masing2 nak kuasa.

Anonymous said...

Boleh tak saya katakan Madey adalah Penjilat ludahnya sendiri

juragan69 said...

Takda masalah bhai,asalkn lu fhm dgn apa yg lu fahamkn...sama sprti apa yg tfk hrpkn agar org ramai faham tntng 'super bumi' ttp lupakn 'super RIZA dn jho low' sbb bercuti sekapal ttp tk kenal siapa itu jho low ...

 
Blogger Templates