Hari ini, umat Islam Jakarta malah dari luar kawasan, berhimpun secara besar-besaran di tengah-tengah Bandaraya Jakarta untuk demokrasi tersebut. Malah ada yang telah meninggalkan wasiat seolah-olah mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan perang terakhir. (RUJUK SINI)
Ahok atau nama sebenarnya Basuki 'Ahok' Thahaja Purnama merupakan seorang Cina Kristian Indonesia dan berjawatan sebagai Gabenor Jakarta. Dia telah mencetuskan kemarahan kumpulan dan komuniti Islam Indonesia apabila dia membuat komen tentang ayat al Quran dalam Surah Al-Maidah sewaktu membuat lawatan di wilayah Pulau Seribu pada September lepas.
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan agar rakyat Malaysia di Jakarta tidak mengunjungi beberapa tempat di Jakarta yang dijangka diadakan tunjuk perasaan besar-besaran selepas Solat Jumaat hari ini. Antara tempat-tempat tersebut termasuklah Balaikota dan Masjid Istiqlal.
Indonesia pernah menyaksikan rusuhan berdarah antara kaum yang terburuk pada tahun-tahun 1990-an. Masyarakat Cina Jakarta pernah menjadi buruan dan dibunuh serta diganasi pada Mei 1998. Puluhan ribu orang Cina dibunuh hanya kerana sentimen penguasaan kapital dan aset oleh masyarakat tersebut menjadikan mereka seperti maharaja pada zaman Suharto sedangkan pada masa yang sama, masyarakat pribumi pula lebih ramai tinggal di rumah-rumah kotak.
Kejadian tersebut hampir berjangkit ke Malaysia tetapi pihak berkuasa Malaysia berjaya mengekangnya walaupun pada masa yang sama, reformasi secara besar-besaran berlangsung di Malaysia pada setiap minggu menuntut Mahathir meletakkan jawatan dan pendedahan tentang kroni-kroni Cinanya yang melahap harta-harta negara menerusi konsesi dan kontrak-kontrak tidak munasabah dalam apa yang Anwar Ibrahim gelarkan sebagai KKN (Korupsi, Kronisme, Nepotisme).
Demonstrasi besar-besaran anti-Ahok ini mungkin akan mengulangi tragedi pada Mei 1988. Justeru, pihak berkuasa Indonesia telah menugaskan lebih 18,000 orang anggota polis untuk demonstrasi di Jakarta.
Itu cerita di Jakarta, Indonesia. Macam mana pula dengan Malaysia?
Watak-watak seperti Ahok boleh dilihat dengan mudah. Malah mereka begitu bebas mengeluarkan sebarang kenyataan dan kemudian meminta maaf atau 'menarik kembali artikel' selepas terkantoi. Cabaran ke atas Perlembagaan Malaysia dan pihak polis dibuat pada hampir setiap masa.
Menariknya, walaupun terdapat peruntukan tertentu termasuklah hukuman mati bagi penentang Perlembagaan Malaysia yang disimpulkan sebagai memerangi Yang Di-Pertuan Agong, mereka masih lagi tetap melakukannya.
Atau pun bahagian perundangan dan keadilan di Malaysia lebih memihak kepada mereka sehingga menyaksikan mereka yang melanggar Akta Perhimpunan Aman pula dianugerahi pampasan ratusan ribu ringgit dan penguatkuasa undang-undang serta Kerajaan Malaysia dipersalahkan?
Kita mengharapkan dan berdoa, negara ini terus aman dan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, adat budaya dan agama, bertoleransi sepertimana masyarakat Melayu-Bumiputera bertoleransi ketika pemberian warganegara dan hak-hak mengundi serta politik kepada kaum imigran pada tahun 1957 dahulu.
Justeru janganlah ada yang cuba-cuba mengganggu gugat apa yang telah dibina oleh pengasas-pengasas Malaysia moden sepertimana yang cuba dilakukan oleh sebilangan individu di negara ini dewasa ini.
1 comment:
Sebab itu kita bersyukur...orang cina nama cina orang hindu nama hindu... So dah tahu dah tapi kat Indon semua nama... Baik Islam cina atau hindu sama jer..so tak tahu ketutunan dan agama apa klau tak diteliti betul2 mahu tertipu
Post a Comment