BERITA SEBELUM:
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) difahamkan sedang mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel terkemuka di Subang, hari ini.
Menurut sumber, mesyuarat yang bermula jam 11 pagi yang turut disertai beberapa ahli jawatankuasa tertinggi akan membincangkan isu doping yang menimpa pemain badminton negara seperti diperkatakan media sejak akhir-akhir ini
Sejak laporan pemain badminton negara didakwa gagal ujian doping didedahkan Isnin lalu, belum ada kenyataan rasmi daripada Persatuan Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
BERITA KEMUDIAN:
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini tampil mengesahkan seorang atlet 'terkemuka' negara yang gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) baru-baru ini adalah pemain dibawah naungan badan induk itu.
Ini diumumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Hotel Grand Dorsert hari ini.
Mengakui ia membabitkan atlet yang berprofil tinggi, Norza bagaimanapun berkata, pihaknya tidak boleh mengumumkan nama atlet terbabit selagi tidak mendapat kebenaran daripada Persatuan Badminton Dunia (BWF).
SEBELUM ITU:
BEKAS pemain kebangsaan, Roslin Hashim tidak menganggap insiden atlet terkemuka yang gagal ujian doping pada kejohanan antarabangsa baru-baru ini ada kaitan dengan unsur sabotaj.
Roslin ketika dihubungi sebaliknya percaya, ia lebih terjurus kepada kesalahan pemain itu sendiri sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak mengenai kesalahan penggunaan bahan terlarang itu.
"Saya tidak rasa ada unsur aniaya, kalau betul unsur sabotaj, mengapa sekarang, mengapa bukan zaman kegemilangan dia.
"Kenapa nak cakap unsur sabotaj, adakah untuk menutupi kesalahan pemain itu dan menganggap pemain berkenaan bersih dari perbuatannya itu," kata Roslin kepada Sinar Harian.
Menurutnya, atlet itu juga tidak boleh memberi alasan dan menyalahkan pihak lain untuk menutupi kesalahan diri sendiri.
"Ia adalah tanggungjawab sepenuhnya pada atlet, atlet tidak boleh beri alasan jurulatih yang bagi bahan tersebut, dia mesti bertanggungjawab tentang apa sahaja yang dia makan dan rawatan yang dia terima,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memberitahu atlet berkenaan terkejut apabila mengetahui gagal dalam ujian doping.
Mungkin tidak berpuas hati, atlet berkenaan itu mahu melihat sendiri sampel air kencing tersebut dibuka ketika ujian semula itu dijalankan di sebuah institusi dipercayai bertempat di Norway.
Roslin yang mengakui kecewa dengan insiden berkenaan bagaimanapun mengharapkan supaya sekiranya ikon negara itu betul-betul mengambil ubat terlarang, dia seharusnya berani tampil ke depan dan jangan cuba menegakkan benang yang basah.
"Perkara ini serius, ia bukan sahaja melibatkan karier dia sahaja tapi imej sukan terbabit juga akan terjejas. Saya tak tuduh dia ambil dan sebolehnya saya harap perkara ini tidak benar kerana dia adalah atlet ikon negara dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebelum ini.
"Tapi, sekiranya betul, jujur dan berterus terang dan ia boleh memudahkan siasatan," katanya.
Dalam laporan akhbar sebelum ini, sumber Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa pemain elitnya positif dadah melalui ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa kejohanan antarabangsa di Copenhagen, Ogos lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment