Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 21, 2014

PENGANJURAN 'I'M TOUCH A DOG': MAIS NAFI KELUAR KEBENARAN, USTAZ KATA DIPERDAYA TAPI PENGANJUR KATA TAK SALAH!!!


Maka tidak hairanlah mengapa penganjur hanya menunjukkan sebahagian sahaja surat yang didakwa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor untuk dia menganjurkan program 'I'M TOUCH A DOG' yang diadakan di Bandar Utama tiga hari lepas.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan 'pengurniaan' surat kebenaran sebagaimana yang didakwa oleh penganjur. Malahan mengalu-alukan campurtangan JAKIM dalam isu tersebut untuk menyiasat keseluruhan kes tersebut. Pada masa yang sama, Mufti Selangor itu juga menyatakan, kelulusan bagi sebarang penganjuran seperti itu berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan.


Penceramah bebas yang merupakan jemputan dalam program 'sentuh anjing' itu, Mohd Iqbal Parjin turut menafikan, dia merupakan sebahagian daripada golongan yang menggalak dan bersetuju dengan perbuatan menyentuh, memeluk dan mencium anjing. Bahkan daripada penjelasan yang dibuat menerusi akaun Facebooknya, Abu Zulfaqar, penceramah itu juga kesal dan berasa seperti diperdayakan oleh penganjur.

Sebahagian kecil daripada surat itu sahaja diperagaka oleh lelaki yang menjadi penganjur program berkenaan untuk menunjukkan dia telah mendapat kelulusan daripada MAIS. Keratan itulah yang digunakan sebagai bukti dan untuk dijaja-jaja. Dan kerana keratan surat itulah juga, MAIS dan Mohd Iqbal Parjin menjadi bahan sesahan sebahagian besar umat Islam yang berang dengan perbuatan lelaki bernama Syed Azmi Alhabshi itu.


Menariknya, dalam gambar-gambar yang disiarkan, semuanya melibatkan wanita bertudung, malah ada juga yang berhijab menyentuh anjing selain memeluk haiwan tersebut. Pendapat ramai ialah, penganjuran program berkenaan adalah untuk menyuntik fahaman liberal dan pluralisme yang menjadi dokongan para pengikut Anwar Ibrahim ke dalam masyarakat Islam Malaysia.

No comments:

 
Blogger Templates