Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, October 19, 2014

PERWAKILAN GERAKAN DARI JOHOR KATA, MELAYU ADALAH PENDATANG DI MALAYSIA!!!


Seorang perwakilan Gerakan hari ini berkata kecuali Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak, orang lain di Malaysia semuanya merupakan pendatang (imigran).

Perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon berkata bukan hanya orang Cina dan India sahaja pendatang, tetapi orang Melayu juga bukan bumiputera kerana mereka berhijrah dari Indonesia.

"Kecuali penduduk asal Sabah dan Sarawak dan Orang Asli, orang lain di Malaysia adalah pendatang," kata Tan semasa Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43.

Persidangan itu diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini. – 19 Oktober, 2014. (MALAYSIAN INSIDER)

Sepatutnya buku-buku sejarah Malaysia perlu menekankan tentang proses migrasi melibatkan orang Cina dan India sepertimana yang ditulis oleh R.Emerson dalam bukunya yang bertajuk, 'MALAYSIA' terbitan September 1937.

Disebabkan terlalu bertoleransi dan terlalu mahu mengambil hati Cina dan India, Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran sangat takut untuk menekankan perkara ini. Ketakutan itu boleh dilihat secara jelas apabila tidak ada sebuah buku sejarah di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi pun yang menceritakan secara terperinci tentang Tragedi 13 Mei 1969. Begitu juga dengan hansard Parlimen pada tahun berkenaan.

Sebaliknya pada masa yang sama, golongan pelampau yang cuba mengubah sejarah itu, secara berani dan berterus-terang menyatakan bahawa Melayu adalah pendatang, termasuklah menghasilkan buku-buku yang kemudiannya dipaksa menjadi rujukan sepertimana yang ditulis oleh penulis DAP terkenal, Kua Kia Song.

Seringkali hujah golongan berkenaan bahawa Melayu adalah pendatang membawa maksud Melayu berhijrah dari Kepulauan Indonesia ke negara ini. Negara ini pada asalnya menurut mereka, tidak dibangunkan, tidak mempunyai penghuni dan hanya mula berkerajaan pada tahun 1401 di Melaka, sedangkan lebih dua milineum sebelum itu, sudah ada pelbagai kerajaan dan tamadun di Tanah Melayu seperti Langkasuka, Kedah Tua, Gangga Negara, Chermin, Gelanggi, Bruas, Dinding dan sebagainya sebelum putera raja dari Srivijaya, membuka Melaka yang turut telah diduduki oleh Melayu Laut.

Bagaimana Melayu menjadi pendatang di kampung halamannya sendiri? Kecualilah Melayu di China, di India, di Maldives, di Sri Lanka, di Eire dan Kirby, England, di Afrika Selatan dan Malawi, selagi mereka berada di Nusantara yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara sehingga ke kepulauan Pasifik, mereka bukanlah pendatang.

Tidak seperti Cina dan India yang sememangnya adalah pendatang di wilayah ini.

Wakil GERAKAN Johor itu sepatutnya lebih banyak belajar daripada cuba menimbulkan kontroversi dan polemik semata-mata untuk menjayakan rancangan DAP! (BULETIN 247)

No comments:

 
Blogger Templates