Barangkali kerana terlalu lembut dan terlalu bertoleransi, golongan berkenaan mulai naik dan besar kepala. Sehinggakan apa-apa sahaja yang berkaitan Islam dan Melayu, sesuka hati sahaja mereka sentuh. Tidak itu sahaja, mereka turut mempertikaikan hukuman di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri membabitkan hal ehwal agama Islam, seolah-olah demokrasi telah membolehkan mereka bebas mengacau agama Islam dan melabelkan Islam sebagai jumud, bodoh, serta kuno.
Semuanya berlaku selepas penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sekarang, puak-puak berkenaan cuba pula untuk melakukan desakan bagi menghapuskan Akta Hasutan. Kalau sekarang pun, mereka sudah berani menunjukkan besar kepala dan langsung tidak menghormati Islam serta umatnya, bagaimana agaknya jikalau semua akta dan undang-undang yang mereka tentang sekarang, dihapuskan sebagaimana yang dituntut?
Kerajaan Negeri Kelantan telah menguatkuasakan hukuman penjara bagi lelaki Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat. Keputusan tersebut segera menarik perhatian seorang peguam yang kuat menyokong DAP dan PKR lantas dengan menggunakan otak pembelitnya, dia cuba menimbulkan keraguan bahawa seseorang yang sakit dan mempunyai surat cuti sakit daripada hospital dan klinik pasti akan menjadi mangsa penganiayaan.
Walhal dalam Islam, ada keringanan dan keharusan yang diberikan melibatkan banyak faktor. Peguam DAP tersebut cuba menjadikan dan menimbulkan persepsi bahawa Islam adalah agama kuno yang sangat jumud, manakala penganut-penganut Islam pula semuanya bodoh-bodoh belaka. Penganut Islam yang menjalankan tatacara dan kod etika Islam, lebih cenderung untuk menzalimi rakyat kerana Islam adalah agama kejam.
Itu yang sedang berlaku di Malaysia pada masa ini.
No comments:
Post a Comment