Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, October 19, 2014

SELEPAS KEMPEN PEGANG ANJING, TAK LAMA LAGI KEMPEN CINTAI PELACUR DAN TAUKEH RUMAH URUT!!!


Makin hari makin melampau...

Kempen-kempen sebegini sengaja diwujudkan untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama kuno yang serba tidak masuk akal selain fobia orang Melayu yang keterlaluan dalam banyak hal, termasuklah anjing dan babi.

Sekalipun Islam meringankan hukum membela anjing bagi tujuan pemburuan mahupun sebagai penjaga keselamatan, dan sedikit keringanan dalam bab menyentuh haiwan tersebut sama ada dalam keadaan basah atau kering, namun apa yang dilakukan secara terbuka dalam kempen yang menggunakan seorang anak muda Melayu dan mempunyai gelaran Syed yang ramai menganggapnya sebagai gelaran bagi lelaki keturunan Rasulullah s.a.w, namun objektif yang ditunjukkan dan dipertontonkan sebenarnya adalah untuk menghina Islam dan Melayu itu sendiri.

Bermula dengan serangan ke atas amalan, akhirnya serangan dilakukan terhadap akidah. Itu modus operandi yang telah dilakukan semenjak dari zaman ke zaman sehingga menyaksikan Melayu Tagalog dan sebahagian besar Melayu Indonesia memeluk agama selain Islam.

Arak sudah... sekarang anjing... tak lama lagi kempen makan daging babi pulak!!!

Semakin hari semakin menjadi-jadi....

Bayangkanlah kalau Kerajaan menuruti kehendak mereka dengan menghapuskan pelbagai akta dan undang-undang...

No comments:

 
Blogger Templates