Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 28, 2014

AHLI-AHLI PARLIMEN YANG LEBIH BANYAK JADI BADUT, MARAH SEBAB KENAIKAN ELAUN MEREKA DISIFATKAN TERLALU KECIL!!!



Bukan sahaja orang tidak berparti, penyokong UMNO-BN, bahkan penyokong mana-mana komponen Pakatan Rakyat pun, meluat dengan perangai serta gelagat sebilangan besar Ahli-Ahli Parlimen yang cukup marah dengan kenaikan elaun mereka yang disifatkan tidak cukup besar, sedangkan semua orang boleh nampak melalui siaran secara langsung menerusi kaca televisyen, bagaimana kebanyakan kerusi Ahli-Ahli Parlimen lebih banyak kosong berbanding diisi. Lebih banyak Ahli-Ahli Parlimen yang ponteng dan bermain-main dalam Dewan Rakyat berbanding bersungguh-sungguh membangkitkan keperluan rakyat untuk diperbahaskan.

Beritanya

Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini, ditarik balik selepas ahli Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mahu kenaikan lebih tinggi elaun bulanan mereka daripada apa yang dicadangkan.

Rang undang-undang dibentangkan bagi bacaan pertama semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meningkatkan elaun bulanan ahli Parlimen daripada RM6,580.59 kepada kepada RM11,000.

Apabila rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua hari ini, ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak meminta rang undang-undang itu ditarik balik kerana mereka mahu elaun lebih tinggi daripada yang dicadangkan dalam rang undang-undang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengarahkan rehat 15 minit untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya kerana beliau berkata ia akan menyebabkan rang undang-undang kerajaan ditolak, sambil menambah ia akan turut memberi kesan lain.

Apabila persidangan disambung semula, Shahidan berkata beliau menarik balik rang undang-undang itu, yang akan dibentangkan di Parlimen seterusnya pada Mac tahun depan.

Dalam rang undang-undang itu, gaji speaker Dewan Rakyat akan dinaikkan kepada RM20,000 daripada RM14,907.20 manakala gaji timbalan speaker akan dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM10,847.65.

Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2015 jika rang undang-undang itu diluluskan.

Rang undang-undang itu juga melibatkan perbelanjaan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM14.75 juta setahun. Ia juga mencadangkan elaun bulanan bagi ahli-ahli senat dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM4,112.79. (SUMBER OMAK KAU!)

CONTOH STANDARD AHLI PARLIMEN YANG MAHUKAN KENAIKAN ELAUN LEBIH BESAR:

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menerima padah diusir dan diarah keluar Dewan Rakyat pada sesi petang Khamis sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad.

Beliau yang bersikap tidak serius sewaktu Speakar Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar memasukkan satu klausa ke dalam rang undang-undang berkenaan.

Speaker itu menegur supaya ahli-ahli parlimen yang jadi peguam jangan menjadikan Dewan Rakyat seperti mahkamah mempertahankan hujah masing-masing.Sebelum itu, Pandikar Amin berulang kali menegur beberapa ahli parlimen terutama Sepang kerana mahu berhujah walaupun tidak dibenarkan mencelah oleh Abdul Wahid.

“Sepang, ini masalah Yang Berhormat kepada peguam-peguam. Ini Dewan Rakyat bukan mahkamah. Saya bertolak ansur, tolong Yang Berhormat bertolak ansur dengan saya. Itu jawapan sama ada bersetuju atau tidak, itu jawapan menteri, kalau tidak setuju nanti saya panggil mengundi,” katanya.

Beliau kemudian meminta ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi peraturan Dewan dan jangan main-main ketika perbahasan.

Pandikar juga mahu hanya yang dipanggil berhujah, bangun berhujah bukan mencelah tanpa kebenaran.

Beliau kemudian menegur dan memberi amaran kepada Mahfuz kerana membuat bising menegur cara perbahasan ketika itu.

“Make my day” kata Pandikar Amin yang menyifatkan Mahfuz main-main ketika orang lain berbahas .
“Saya tak main-main Tan Sri, saya kasihan dengan Tan Sri kerana Akta Saraan ahli parlimen terlalu kecil.. Kenaikan Yang Di Pertua terlalu kecil dengan tugas yang terlalu besar,” kata Mahfuz.Bagaimanapun, ahli parlimen Pokok Sena bangun dan cuba menyindir Speaker.

Pandikar Amin lantas mengarahkan Mahfuz keluar dari dewan sambil menyifatkan ahli parlimen itu tidak serius dan bermain-main.

Kemudian terdengar Mahfuz menjawab ” Saya memang mahu balik”.

Sebelum itu pun, Pandikar Amin hari ini telah beberapa kali menegur anggota-anggota Parlimen yang bertanyakan soalan membabitkan dasar dan soalan tidak bermatlamat jelas.

Pandikar Amin yang jelas cuba mengawal ruang waktu perbahasan lantaran mahu menamatkan sesi mengikut jadual nyata kecewa dengan sikap ahli-ahli parlimen membazirkan waktu.

“Saya serius, saya akan pinda peraturan mesyuarat di mana anggota Parlimen tidak boleh bertanya soalan melibatkan dasar.

“Jadi ayuh sama-sama disiplinkan diri, kalau bertanya jangan sembarangan tanya, fikir dulu kerana ada masa 14 hari, soalan itu apa matlamat sebenarnya. Selepas itu menteri jawab kepada perkara yang dibangkitkan sahaja,” tegasnya. (SUMBER PECAH PALAK MIKIR)

No comments:

 
Blogger Templates