Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 27, 2014

BAGUSLAH AKTA HASUTAN DIPERKUKUHKAN, TETAPI JANGAN LUPA UNTUK KUATKUASAKANNYA!!!

Perdana Menteri telah mengumumkan pendirian Kerajaan yang sudah tentu akan membuatkan para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat melolong sakan sambil mengungkit-ungkit janji pemansuhan akta tersebut. Mereka akan melabelkan Perdana Menteri sebagai seorang yang mungkir janji kerana gagal memansuhkan Akta Hasutan sepertimana yang mereka inginkan.

Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan. Itu adalah ketetapan terkini dan mutakhir oleh Perdana Menteri Malaysia yang sudah tentu mewakili suara anggota kabinet dan juga Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri lagi, akta tersebut akan diperkukuhkan dan diperkuatkan lagi dengan sekurang-kurangnya memasukkan dua perkara iaitu:

(1) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan menghalang agama lain daripada dihina bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan masyarakat majmuk negara ini.

(2) Memasukkan peruntukan yang membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang berusaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dimansuhkan, keadaan di dalam negara menjadi tidak aman dengan semakin bertambahnya elemen-elemen anarki dan subversif. Fahaman Komunisme yang suatu ketika dahulu, cuba diselindungi dan bergerak di bawah tanah, sekarang ini telah disambut secara terang-terangan, malahan diraikan atas alasan kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Para penyokong anarki dan subversif menerima sokongan daripada barisan peguam yang juga merupakan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Ditambah pula dengan beberapa keputusan ganjil melibatkan beberapa orang hakim mahkamah dan kelemahan dari Pejabat Peguam Negara sendiri, Akta Hasutan bukannya sesuatu yang mudah untuk dikuatkuasakan.

Penghapusan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kurang berkesannya SOSMA, menyaksikan Akta Hasutan 1948 turut ditekan agar dimansuhkan hanya dengan alasan undang-undang berkenaan sudah lapuk. Padahal dengan masalah sosial yang semakin kompleks dan pelbagai elemen daripada hasutan boleh menyebabkan negara yang mempunyai perbilangan dalam kaum, budaya, agama, bahasa dan latar belakang berhadapan dengan huru-hara yang amat mudah dicetuskan, sepatutnya undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 disokong oleh penggubal undang-undang bagi memastikan negara ini menjadi sebuah 'rumah besar' yang selesa didiami dan menjadi tempat berhabitat.

Syukurlah, pengumumkan telah dibuat, Akta Hasutan akan dikekalkan dan ditambahbaikkan dari keadaannya sekarang. Bagaimanapun, penambahbaikan sahaja tidak wajar kerana SOSMA juga diikrarkan lebih baik dari I.S.A tetapi sehingga sekarang SOSMA tidak berfungsi. Sebaliknya Akta Hasutan perlu dikuatkuasakan dan sebarang cubaan untuk menghapuskan Akta Hasutan atau memperlekehkan Akta Hasutan terutama menerusi keputusan-keputusan mahkamah yang 'ganjil', perlu dikenakan tindakan yang jauh lebih tegas.

1 comment:

Anonymous said...

Tak Nampak apa yang hebatnya mengekalkan akta yang sememangnya ada. Lain lah kalau kembalikan ISA yang telah dimansuhkan. Rakyat sekarang bukan bodoh untuk menilai prestasi kerja. Cuba lah cari isu lain kalau ye pun nak tonjolkan diri. Dengan mewar-warkan aktu hasutan dikekalkan, maka keperluan ISA yang dimansuhkan tu dilupai. DIharap pemimpin baru yang akan dating nanti dapat mengembalikan ISA.
Sebagai cabaran, akta mana yang boleh digunakan untuk membelesah DAP yang kritik nama sultan melayu di papantanda jalan?

 
Blogger Templates