Tiada sebarang pembaharuan menjelang 100 hari Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memegang jawatan berkenaan.
Menurut bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) berkata, apa yang ditunjukkan Azmin selepas manjadi menteri besar tidak langsung menunjukkan pembaharuan selain hanya gimik kepada media.
Ujarnya lima sebab utama yang dilihat punca kegagalan Azmin ialah cuba menjuarai isu sisa pepejal, jalan raya, Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), bekalan air terawat dan pengembalian semula kitab Bible yang sudah dimula bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Punyalah begitu obses hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Azmin memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’.
"Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya," katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.
Chegubad mengulas pelantikan Azmin sebagai menteri besar pada 23 September lalu yang dilihat tidak membawa sebarang perubahan positif kepada negeri.
Sebelum ini, Chegubard mempertikai 'keistimewaan' yang diterima Azmin di dalam parti itu sendiri.
Dengan mengambil situasinya yang digantung keahliannya kerana mendedahkan penyelewengan pemilihan parti yang berkait dengan Azmin, Menteri Besar Selangor itu dilihat lebih disayangi di dalam situasi yang disifatkan sama dengannya.
Jelasnya, isu yang didedahkan merupakan cetusan idea Abdul Khalid yang dicuri Azmin semata-mata untuk mencari populariti.
"Isu sisa pepejal yang dijuarai pentadbiran Abdul Khalid telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Sepanjang tempohnya banyak isu teknikal sudah diperhalusi. Apa yang Azmin buat hanyalah membuka tender.
"Jalan raya di Selangor dan lebuhraya Kidex merupakan penipuan terbesar pemimpin PKR kini, pada zaman Abdul Khalid, mereka kata tidak mahu, tetapi kini mereka bersetuju.
"Isu bekalan air, Empangan Langat 2 juga isu untuk menyingkirkan Abdul Khalid dahulu. Tiba-tiba Azmin mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?" ujarnya.
Jelasnya lagi, Azmin turut dilihat mahu menjadi 'hero' dengan menaikkan isu pengembalian Bible baru-baru ini.
"Azmin tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya yang menyelesaikan isu bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dia terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya," jelasnya.
Dalam pada itu Chegubard turut meminta PKR menyiasat Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar kerana mengeluarkan surat akuan sumpah yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.
"Kita terima salinan akuan berkanun dari beberapa anggota parti melalui e-mel.
"Surat ini bukti kukuh yang melihat individu ini harus dikenakan hukuman keras daripada parti," jelasnya.
1 comment:
melalui pemerhatian saya:
Chegu Bardigol juga dari 2008 tiada apa2 perunbahan..Kecuali perut Semakin BOROI & otak semakin bengap
Post a Comment