Melihat dan mendengar raungan UMNO Pulau Pinang, memang memilukan. UMNO Pulau Pinang membangkitkan isu tentang tanah-tanah yang telah dijual oleh DAP dan Lim Guan Eng kepada syarikat-syarikat pemaju hartanah bagi keuntungan besar dan pada masa yang sama, menafikan hak golongan miskin dan marhein untuk tinggal di Pulau Pinang.
Ini adalah kerana kebanyakan tanah-tanah yang dijual itu dimajukan dan dibangunkan dengan perumahan-perumahan mewah yang sudah tentu bukan untuk rakyat Pulau Pinang.
Seperkara yang perlu diterima ialah, rakyat Pulau Pinang telah dua kali membuat pilihan dan pilihan kali kedua memantapkan kedudukan DAP menerusi jumlah undi yang meningkat berkali-kali ganda berbanding pada tahun 2008.
Jadi, secara tidak langsung, rakyat Pulau Pinang bersetuju dengan semua tindakan Lim Guan Eng dan DAP di negeri itu. Sebarang kritikan, protes atau pun rungutan berhubung dasar-dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng dan DAP, hanyalah sekadar merendah-rendahkan intelektual rakyat Pulau Pinang yang telah membuat pilihan kerajaan mereka.
Apa guna sebenarnya mengenangkan perkara yang sudah berlalu. UMNO Pulau Pinang sama seperti UMNO Selangor, seharusnya mengambil iktibar dan menerima hakikat yang mereka tidak lagi diperlukan di kedua-dua negeri itu.
Menariknya, adakah UMNO-UMNO di negeri-negeri yang mereka kuasa, turut mengambil iktibar ini atau sekadar melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sambil menarik nafas panjang kerana saingan mereka dalam UMNO, sudah semakin berkurangan?
Jangan sampai dah kalah dan hilang negeri seperti UMNO Selangor dan UMNO Pulau Pinang, baru nak melalak-lalak dan menyalak-nyalak!
Minister finds home for family of 7 living in car
49 minutes ago
4 comments:
Dato' Zainal Abidin Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang seharusnya dah letak jawatan lama dah.
Tapi muka tembok, apa boleh buat. Janji dapat pegang jawatan.
Pengerusi UMNO P.Pinag bole tetap kekal walaupun dah kalah dua penggal. Sebab tu yang kat selangor pun nak cuba berpaut pada tahtanya...
Dalam UMNO sekarang ni sedang cuba mengambil sebanyak boleh sebelum kalah di PRU nanti...
Sebabnya, akar umbi UMNO sendiri yang pilih pemimpin2 yang tiada akhlak dan moral...
Satu lagi kebodohan umno..masa umno byk menang..bagi kat cina mca gerakan jadi mb, ada org cina bersyukur...ingat kat jasa umno. Dia org tak peduli punnnnn... Berpakat lagi sesama org cina di belakang umno walau lain parti..
Jika umno bykkkkkk menang... Kita kena berkongsi sesama... 1 MALAYSIA KATAKANNNNNNN... Jika cina dap menang.. Kita HALAUUUU BANGSA LAIN terutama MELAYUUUUUUUU..
APA ke bodohnya kita ni bangsa melayu mudah sgt ditipu mudah sgt diperdaya kerana DUIT HABUANNNN..
Cukup cukup la pas menyokong dap pkr nuor, buta ke mata dah hancur tanah melayu di Penang.. Abis dihalau dirampas..
Cukup cukup la najib dgn umno semuanya terlalu berbaikkkkk hati dgn cina.. Jgn bagi muka lagi oooooiiiii...jgn bodoh sgt.. Tak cukup lagi ke harta yg dikumpul bersama tokey besarrrrr cina......
Cuba tanya cina... Bila dia org menguasai sesuatu tempat...mana dia pembahagian kuasa dgn bangsa lain terutama melayu bumiputera..
Sedar sedar la org Melayu dlm pkr pakatan.. Awak tu semua beragama islam.. Org Islam tu jugalah yg mengubur yg mengamin yg mengurus yg membantu awak semua jika berlaku peperangan..
Semuanya dah selesai
Post a Comment