Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 14, 2014

IBU BAPA FAHMI ZAINOL PERSOALKAN PENARIKAN BALIK BIASISWA JPA... DUIT RAKYAT KATA MEREKA!!!


Berikutan cadangan pihak JPA yang mempertimbangkan untuk menarik balik biasiswa yang diberikan kepada Presiden PMUM Fahmi Zainol, ibubapa mahasiswa berkenaan berasa agak terkilan dengan tindakan JPA tersebut.

Dalam satu temubual ibubapa mahasiswa berkenaan bersama Utaranews.com, mereka meluahkan rasa terkilan mereka dengan kenyataan JPA tersebut. Tetapi menurut Zainol bin Zakaria, bapa kepada Fahmi.., beliau serta isteri redha jika biasiswa anak mereka ditarik balik.

Mereka menganggap itu bukan rezeki anak mereka dan berkata akan memikirkan cara yang terbaik untuk memastikan anak mereka dapat meneruskan pelajaran sekiranya JPA bertegas untuk menarik balik juga biasiswa berkenaan.

Selain dari anak yang baik, ibu kepada Fahmi iaitu Zuraini Bt Ahmad juga meyifatkan bahawa Fahmi adalah merupakan pelajar yang cemerlang serta pendiam jika berada di rumah. Dan beliau tidak menyangka anaknya akan terlibat didalam politik sehingga ke tahap ini. Bagaimanapun, beliau terima keputusan anaknya untuk berpolitik walaupun masih belajar.

Bapa Fahmi pula menyifatkan bahawa biasiswa adalah duit rakyat dan tidak perlu digunakan sebagai alat untuk mengugut pelajar. "Biasiswa adalah duit semua.., kenapa perlu sekat..? ujar beliau kepada Utaranews.

COPY PASTE UTARA NEWS

2 comments:

Anonymous said...

BETUL TU. DUIT RAKYAT.
TAPI DUIT RAKYAT BUKAN DUIT NENEK DIA.
RAKYAT MALAYSIA BUKAN DIA SORANG.
HWOI. . .ANAK AKU TIGA ORANG DAH MASUK UNIVERSITY. TAK BAGI MASAALAH PADA AKU PUN.

Anonymous said...

Inilah cabaran yg dia kena tempuh .. Bukan dia shaja pak cik dan mak cik juga . duit rakyat . .. faham . tp kenapa semua rakyat x dpt biasiswa ? hm

 
Blogger Templates