Macam deja vu...
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengesahkan yang dia telah mendapat surat tuntutan kerana didakwa menfitnah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak dalam sebuah klip video, TONY PUA: NAJIB IS CREATING THE BIGGEST SCANDAL EVER IN THE HISTORY OF MALAYSIA.
Menurut Tony Pua, peguamnya, Gobind Singh Deo sedang meneliti perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sesuai.
Surat berkenaan telah dihantar oleh Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak bagi pihak Najib Abdul Razak.
Terdapat enam perkara dalam surat tersebut iaitu: berhenti daripada terus menfitnah; menarik semua tuduhan, memberhentikan semua penyiaran material fitnah; memohon maaf; berjanji tidak akan mengulanginya; dan menawarkan gantirugi yang bersesuaian.
Sekiranya keenam-enam tuntutan tersebut gagal ditunaikan, plaintif berhak mendapat pengadilan mahkamah termasuklah mendapatkan injunsi untuk menghentikan semua serangan.
Video tersebut telah dirakamkan sewaktu jamunan makan malam untuk mengutip derma bagi DAP pada 3 November lalu di Petaling Jaya dan dimuatnaik oleh Media Rakyat. Di dalam klip video tersebut, Tony Pua memperkatakan tentang dana dan bon kedaulatan di bawah Kementerian Kewangan yang menterinya adalah Najib Abdul Razak.
Tony Pua menuduh Najib sebagai pemimpin yang gagal, kejam, kasar, kuku besi dan tidak terbuka untuk kritikan selain telah mewujudkan skandal terbesar dalam sejarah negara ini sekaligus membawa maksud Najib adalah seorang pemimpin yang mengamalkan rasuah, perompan dan telah menyeleweng wang rakyat serta menyalahgunakan kuasanya.
Surat berkenaan menuntut Tony Pua memenuhi semua tuntutan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tersebut diterima.
Berdasarkan rekod yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat setiap kali mereka disaman ialah, mereka akan melipatgandakan jumlah hasutan dan fitnah sebelum sampai tempoh akhir tuntutan. Pada hari terakhir, barulah mereka akan meminta maaf dan mengaku salah selain meminta agar tidak dikenakan saman yang besar.
Najib Abdul Razak tidak harus bagi muka kepada Tony Pua. Sudah terlalu banyak fitnah yang dilakukannya dan dia terlepas begitu sahaja kerana dasar toleransi sebelum ini. Orang seperti Tony Pua perlu dimufliskan, sebagaimana Lee Kuan Yew lakukan terhadap musuh-musuhnya!
Tidak salah untuk Najib mengikuti jejak Lee Kuan Yew memandangkan DAP cukup hormat dan meneladani perbuatan bekas Perdana Menteri Singapura dan Menteri Mentor Singapura itu.
Heitech Padu appoints Hasrul Azuan as new CEO
13 minutes ago
15 comments:
Tony Pua shd be taught a lesson.Kena dah buku dengan ruas. YAB DS Najib jangan nak bagi pluang kat haramjadah ni. Beri lah pengajaran yg boleh menjadi contoh kepada pembangkang yg haprak tu. We pray for your sucess DS.
Lepas tu sattle luar mahkamah..Itu La politik...mereka d atas bercium bibir kita kat bawah jadi kadam..utk undi
Apa nak takut loyar umno mmg loayar buruk.
Tengok Thian Chua..mula2 mcm bagus..
Lepas tu siap senyum salam2..mcm tak ada apa2.. kawtim. Thian Chua dibebaskan dgn kautim.
Melayu mmg memori pendek- hari ni mau gaduh, besok jadi bodoh.
Mcm ni tak ada jantan..sapa mau sokong BN
Tada berani lah pm kita.
Kalau tak tau proses perundangan mengenai saman di antara individu dan judgement yang akan dibuat olih hakim,jangan merepek,menghabihkan boreh aja.
Setuju dengan semua pendapat diatas. Semoga DS Najib tidak akan menarik balik saman walaupun Tony Pua telah meminta maaf. Demi maruah DS Najib dan negara. Saman biar sampai demam.
tindakan PM adalah langkah awal persiapan menghadapi PAU kalu dibngkitkan isu ini dsidang PAU senang nak jawab / sebolehnye isi tidah dibangkitkan semasa PAU / berita2 tv pun dan mula cover dgn berita kebaikan 1MBD dulu x pun he he
Biasa lah gang dapigs akan tunjuk berani.....sekadar nak bayar yuran guaman kepada gang dapigs. Last2 mohon tarik diri.....mohon maaf. Depa akan cakap Najib sebagai PM perlu tunjuk sikap toleransi yang tinggi. Tak gitu? Sapa yang akan bayar yuran lawyer dari puak dapigs.
SAMAN PLAYSAFE PAU 2014.. NAJIB TAK LAYAK LANGSUNG SEBAGAI PRESIDEN UMNO...
Dear Mr. PM,
It s high time you take action to the fullest or extreme where not only apology is requested but monetary gains should be seek as well. If the monetary gains is awarded, promise the public that the money irrespective of how much will be donated to the poor. By doing this, you will set an example to those who wish to further damage the image of others. it is not to settle out of court as the damaged has already being done. The 'rakyat ' will know the truth if you prevails.
AH JIB GOR MANA ADA TELOR
Cemana ko tau ni? Ko da nyonyot batang dia ehhh...sbb tu ko tau dia xde telor.
Jangan jadi bodoh,
Orang lain tak akan ikut jadi bodoh,tapi komen sdr itu reflect kebodohan sdr sendiri.
Tak de benda pun semua tipu belaka, last last selesai di luar mahkamah. Itulah politik Malaysia ribut petir guruh bagai nak hujai sampai banjir seluruh Malaysia akhirnya kemarau kering kontang di tanah gersang.
kalau peguam lama malas tunggu kes banyak lama masa dan mahu settle luar mahkamah baik bagi peguam muda yang tak ada kerja buat kerja pendakwaan dimahkamah.
Post a Comment