Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 20, 2014

TUAN IBRAHIM TUAN MAN BIKIN LAWAK SURUH DAP KELUAR PAKATAN

Tuan Ibrahim Tuan Man barangkali tidak sedar atau sengaja buat-buat pekak badak, sebenarnya bukan sahaja DAP tidak mahukan PAS, bahkan PKR juga tidak mahukan PAS bersama-sama dalam Pakatan Rakyat lagi.

Jadi bila, Tuan Ibrahim menyarankan agar DAP yang tidak berpuas hati dengan PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat, dan membiarkan PAS bekerjasama dengan PKR sahaja, ia memang serba menjenakakan.

Dengan sasaran penguasaan kerusi Parlimen dan DUN yang lebih jelas kepada DAP, manakala PKR pula berusaha untuk merampas penguasaan kerusi-kerusi PAS terutama di kawasan-kawasan yang pengundinya bercampur, menyaksikan PAS akan terus mengecil dan terpinggir walaupun terus mempertahankan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat.

Bukan lagi rahsia umum bahawa DAP sangat yakin mereka akan menjadi lebih dominan dengan penguasaan lebih 80 kerusi Parlimen pada PRU-14 dengan sebahagian besar kerusi Parlimen itu melibatkan negeri-negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

PKR pula mensasarkan penambahan kerusi-kerusi Parlimen di Pahang, Johor, Perak, Sarawak dan Sabah, terutama melibatkan kawasan Melayu-Islam.

Sama ada Tuan Ibrahim Tuan Man dan para pemimpin PAS sedar atau tidak, PAS sebenarnya sudah tidak ada tempat lagi di dalam Pakatan Rakyat. Tahaluf Siyasi yang dibangga-banggakan oleh PAS sebenarnya telah memakan diri apabila PAS sahaja yang terpaksa mengalah.

DAP telah lama dan berkali-kali halau PAS keluar dari Pakatan Rakyat, baru ini kalilah Tuan Ibrahim bersuara menghalau DAP pula.... lawak apakah ini?

2 comments:

Anonymous said...

apa DAP nak ambil alih tempat MCA ke

Anonymous said...

Kalau Pas yg keluar Pakatan,habislah Pas berpecah ,geng PasMa akan terus berada dalam Pakatan yg keluar bersama Pas hanya geng ulamak.Tapi kalau DAP yg keluar Pakatan,geng PasMa tak boleh buat apa-apa,terpaksa terus berada dalam Pas.Ini kebijaksanaan geng Ulamak,utk menjahanamkan Pakatan,tapi Pas agak selamat.Jangan hentam Tuan Ibrahim tak tentu pasal,mereka dah insaf dan kenal siapa DAP,eloklah apa yg mereka cakap tu.Kalau DAP tak keluar dan terus berada dalam Pakatan,Cina akan tolak DAP kerana tak suka Pas, jadi DAP akan merana.Kalau DAP keluar Pakatan,DAP akan mengalami masalah juga kerana harapan Putrajaya dah hanyut,orang Cina tak berani lagi sokong DAP.Biar DAP mampus.

 
Blogger Templates