1MDB lapor keputusan penuh tahunan diaudit untuk 12 bulan berakhir 31 March 2014
1MDB mengumumkan keputusan penuh tahunan untuk12 bulan berakhir 31 Mac 2014, satu lagi tahun yang produktif untuk kumpulan di mana ia memperoleh beberapa aset tenaga dan hartanah berkualiti tinggi untuk portfolionya yang semakin berkembang.
Kumpulan mencatatkan kerugian berjumlah RM665.3 juta untuk tahun kewangan ini, sebahagian besarnya berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 billion, berbanding RM1.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pangkalan asetnya.
Nilai pangkalan aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 billion, berbanding RM44.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 billion kepada RM41.9 billion.
Jumlah keseluruhan pendapatan meningkat 64% daripada RM2.6 billion kepada RM4.3 billion, mencerminkan kualiti portfolio aset-asetnya yang sedang dibangunkan dan kekukuhan penjanaan pendapatan.
Pangkalan aset berkualiti tinggi ini disokong oleh wang tunai yang kukuh dan simpanan yang sepadan berjumlah RM16.7 billion, dengan perniagaan berada pada kedudukan yang baik untuk membiayai perbelanjaan modal yang besar bagi 12 – 24 bulan akan datang, dan menyediakan ruang yang luas untuk mencapai keperluan pembiayaan masa depan.
Fokus utama untuk perbelanjaan modal dalam tahun kewangan berikutnya termasuk projek yang diperoleh oleh anak syarikat tenaga kami dan pembangunan berterusan TRX, yang merupakan hub kewangan pertama Kuala Lumpur, oleh anak syarikat hartanah kami.
Sejak penghujung tahun kewangan pada Mac 2014, 1MDB telah menebus sejumlah lebih RM4 billion daripada pelaburan kami dalam Syarikat Portfolio Berasingan (Segregated Portfolio Companies) yang berdaftar di Cayman Islands, dengan bakinya dijangkakan untuk diperolehi sepenuhnya pada November 2014. Dividen sebanyak RM435 juta daripada pelaburan ini juga telah diperolehi selepas tahun kewangan berakhir Mac 2014 dan akan dimasukkan ke dalam akaun tahun kewangan seterusnya berakhir Mac 2015.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Hazem Abd Rahman berkata:
"Kami mengekalkan fokus kami kepada mengembangkan pangkalan aset syarikat dan kapasiti pelaburan. Ini telah dipacu oleh perbelanjaan modal yang besar dalam jangka pendek, yang menyebabkan kerugian yang telah dijangka untuk tahunan kewangan ini disebabkan kenaikan jumlah pinjaman".
"Walau bagaimanapun kami yakin bahawa aset-aset berkualiti tinggi dan projek yang telah diperolehi akan memacu perniagaan kami ke hadapan serta memastikan pertumbuhan dalam jangka masa panjang".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Harap DS Najib menaikkan harga minyak ke paras RM 3 seliter tak kira RON 95 atau 97 untuk kereta2, 1.8 liter dan ke atas buat sementara untuk menampung kerugian ini, sampai hutang sepenuhnya di bereskan. Tapi jangan usik BR1M dan duit yang diberi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. 1MDB hanya lah satu kerugian bagi kerajaan sekarang, tapi di zaman Mahathir banyak lagi kerugian di tanggung, tinggal lagi isu2 itu tidak dapat diketengahkan sebab Mahathir mengunakan polis, AG dan badan kehakiman untuk buat kes ke atas tukang lapur itu. DS Najib perlu tegas ke atas Mahathir dan kuncu2 sebagai pemimpin dan sekira nya perlu menyumbat semua kuman2 ini masuk penjara...........
Rugi 600 juta lebih? tetapi 1MDB berkata mereka bersedia untuk menjawab segala persoalan yg timbul?
Nah sekarang jawabla.
umpama kalau tak bayar hutang kereta kena tarik, tak bayar kad kredit, loan rumah kena declare bankrup, kalau tak bayar hutang ah long kena simbah cat.
Ya betul, Projek TRX tu projek yg baik, tetapi bagaimana dengan yg lain seperti pembelian hartatanah di P.Pinang tu baik juga ke?
macam mana 1MDB? itu duit siapa yang digunakan buat pinjaman?
"DS Najib perlu tegas ke atas Mahathir dan kuncu2 sebagai pemimpin dan sekira nya perlu menyumbat semua kuman2 ini masuk penjara."
tak payah tunggu DS Najib, kalau ko ada bukti sila bawa ke mahakahmah, ada bran?bukti takde, yg ada tabur fitnah je la, akhirat jawab, tulur dua biji tergantung tu yg akan dibakar terlebih?
Anon 1019 tu jgn layan. IQ dia rendah.
IMDB adalah entiti perniagaan.masalah ketelusn tak timbul psal dibawal kawal selia perakaunan bersistem
Masalah 1MDB bukan msalah kerugian tapi org melayu yg bangang meniaga. Kita semua tahu dalam 10 ribu melayu yg sepenuh masa niaga hanya seorang... Malah majoriti melayu niaga di pasar malam.
Bila dengar rugi ratus juta tepuk dahi la. Bagi yg makan gaji pula risau tak bertempat psal. Dah terbiasa hutang keliling pinggal cukup bulan tak bayar... Psal itu la melayu suka contoh bila hutang je kereta dan rumah...
melayu yg berhutang 100 ribu utk melabur dalam ASB memang la nampak susah tapi cukup 20 tahun depa kaya raya.. Sebab itulah nak sembang ngan melayu 100 tahun pun tak guna psal majoriti suka berhutang bukan pelaburan tapi bergaya dgn kereta mewah yg mana cukup 3 tahun kena tarik.
Berapa jumlah MW yang di jana oleh IPP 1mdb?Apakah jenis bahan bakar yang di gunakan oleh janakuasa tersebut?.Ianya meliputi saluran tenaga elektrik di bahagian kawasan mana?.Berapa peratus penarifan penggunaan tenaga untuk sektor industrial,bangunan dan penempatan kediaman dll.Apa itu, dasar tenaga boleh di perbaharui?Mengapa tiada dasar atau skim bagi mengalak pemain2 industri tempatan dan luar negara untuk membentuk kerjasama,bagi mendapat manafaatkan dari sektor tenaga tersebut.Teknologi hijau di takrifkan sebagai penjimatan tenaga utk memperluaskan penerokaan penggunaan tenaga elektrik 1mdb.
Kenapa x bole byr hutang sampai jumpa govnor bank utk lanjutan tmpoh byr?
Zaman Mahathir ada UNTUNg & Ada yg rugi juga.
Zaman Mahathir, Melayu/OIC bangga ada pemimpin berani,Bijak & maju.
Zaman Najib tak habis2 kena caci & rugi sahaja
Yg mahadey buat hal dulu biar dia yg jawab. Yg 1mdb mahadey kena jawab juga?
Aku baca berkali kali ,ok je laporan tu, mungkin aku tak pandai kot....tapi kalau kerugian atas sebab pinjaman dan pembelian aset pelaburan rasanya tak merugikan sama jangka masa sederhana dan panjang, sama jugak,kalau kita buat loan untuk dijadikan pelaburan adalah lebih baik daripada buat loan untuk perbelanjaan,
Jangka masa pendek loan dalam perniagaan memang kita akan rugi kerana pelbagai kos terlibat
Analogi senang mak bagi kat sini, katakan gaji seorang itu rm3000. Nak beli rumah dengan bayaran bulan 1000, jangka masa pendek kita memang akan rugi 1000, tapi falam jangka masa sederhana dan panjang kota akan untug atas sebab kos yang hilang itu ditampung semula oleh kenaikan gaji dan alhirnya rumah akan menjadi milik individu tersebut
Maaflah..banyak taiping error...kenapa dirisaukan pasal kerugian itu,kalau nak risaukan tengok kepada apa jenis pembelian aset dan portfolio,
Orang melayu kebanyakan melihat isu kewangan dlam jangka masa pendek sahaja,lihatlah,kalau nak melabur nak untuk yang cepat sahaja,buat loan untuk perbelanjaan,beli kereta tidak ikut kemampuan diri,begitu juga dengan perbelanjaan diri,aku tak kata orang lain,aku orang melayu,pernah rasa apabila tidak pandai dalam merancang perbelanjaan
Suka hati Najib lah dia nak buat apa pun, gaji korang luak ke ? Nak hidup senang kena bijak berusaha macam orang Cina. Bukan setakat melalak dalam blog. Aku gak kisah sebab gaji aku sebulan dekat 400k, satu sen BN tak tolong, UMNO PKR langsung tak pernah pandang aku pun. Usaha berkat hidup selamat. Pedulikan mereka yang menyeleweng.
Hidup Mahathir!!!!!!!!!!!!!
Entah entah tak ada IQ
"Aku gak kisah sebab gaji aku sebulan dekat 400k"
Psst, psst, pssssst...nak kawan boleh tak?
Kalau duit kau yg dselewengkn, memanglh kita tak peduli. Gaji besar akal kau ukurlh akal kau sendiri.
Post a Comment