Banjir yang melanda Kelantan dan memberi kesan kepada banyak infrastruktur tidak sahaja mendatangkan kerugian, bahkan sesetengah orang melihatnya sebagai peluang buat duit yang sangat baik. Apatah lagi diketahui sifat rakyat Malaysia yang cukup mudah menderma dan bersedekah.
Facebook menjadi perantara terbaik untuk golongan yang bijak mengambil kesempatan itu, melaksanakan niat jahat mereka.
Mungkin niat awal adalah untuk membantu, tetapi sudah pasti dalam keadaan ini, apatah lagi melibatkan wang ringgit, akan ada yang bertindak jauh lebih 'bijak' dengan melakukan penipuan dan pemerdayaan.
Kemunculan pelbagai jenis NGO 'misteri' secara mendadak sebaik-baik sahaja berita tentang musibah banjir melanda, pastinya mempunyai kaitan dengan perkara sebegini.
Bagi anda yang benar-benar ingin menyumbang, salurkan sumbangan anda kepada badan-badan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa dan bukannya kepada badan-badan yang tiba-tiba sahaja wujud dan tiba-tiba sahaja kelihatan aktif beroperasi menerusi gambar-gambar dan cerita-cerita dalam Facebook.
4 comments:
Polis tunggu apa lagi. Semak dan periksa lah siapa tuan punya akaun dan talipon itu!
Selesai banjar, semua diatasi, cari dan hukum org yg buat berita palsu, byk sgt berita palsu, dah palsu, tuduh mcm mcm
Btul3,sesape nk menderma ,boleh no akaun yg gomen siarkan melalui media..pelahap ramai sgt lpas bnjir ni.
Tempat yang paling sesuai bagi semua pelahap tu ialah neraka jahanam masa akhirat kelak.
Untuk pembalasan di dunia pula belasah cukup-cukup...hehehe
Post a Comment