Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 6, 2014

ASAL SOKONG ANWAR SAHAJA, MESTI KEPALA BESAR ZIONIS DAN MUBALIGH ZIONISME ANTARABANGSA!!!


Bukan main kembang para penyokong bahkan Anwar Ibrahim sendiri mewuar-uarkan tentang sokongan Naib Presiden Amerika Syarikat kepada Anwar selain menghentam Akta Hasutan. Kecaman Biden menerusi Twitter segera dipublisitikan oleh Anwar Ibrahim dan para penyokongnya untuk menghentam Akta Hasutan dan Kerajaan Malaysia.

Tidak menghairankan langsung apabila Biden menyokong Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim berada dalam lingkungannya.

Jom kita tengok biografi ringkas Robert Hunter Biden (dilahirkan 4 Februari 1970) yang merupakan anak kedua Joe Biden yang berjaya dibuka oleh LIM SIAN SEE.

Robert Biden adalah anggota Badan Penasihat Presiden dari Catholic Charities of the Archdioces of Washington dan juga merupakan salah seorang lembaga pengarah Yayasan Idonije Israel.

Dia telah dilantik untuk tugas-tugas khas dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Amerika Syarikat dan ditugaskan dalam cawangan perhubungan awam pada 2013. Kurang setahun kemudian dia telah diuji positif kokaine dan telah disingkirkan dari pasukan simpanan tentera laut pada Februari 2014.

Dua bulan kemudian, pada 18 April 2014, Burisma Holding, pengeluar gas bukan kerajaan di Ukraine mengumumkan perlantikan Biden sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.

Bapanya, Joe Biden telah pergi ke Kiev pada 22 April 2014 dan menggesa Kerajaan Ukraine untuk mengurangkan kebergantungan kepada Russia dalam pembekalan gas asli. Dan dia turut membincangkan bagaimana Amerika Syarikat boleh membantu membekalkan kepakaran teknikal untuk mengembangkan pengeluaran domestik dalam gas asli.

Sesetengah pihak menuduh Amerika Syarikat yang mengubah keadaan di Ukraine bagi membolehkan syarikat-syarikat minyak Barat untuk menguasai pengeluaran minyak di seluruh Ukraine.

Dalam kempen Obama pada 2008, satu pendedahan telah dibuat dan dalam pendedahan tersebut menyebut, 'Barrack Obama dan Joe Biden akan meningkatkan dana kepada National Endowment for Democracy (NED)'. Dalam sambutan ulangtahun ke-20 NED pada tahun 2003, Senator Joe Biden yang merupakan penganjur bersama telah mengusulkan sokongan dan mengukuhkan lagi misi NED. Resolusi tersebut telah diluluskan secara sebulat suara.

Robert Biden berada dalam Lembaga Penasihat Pengerusi untuk National Democratic Institute (NDI). NDI merupakan salah satu daripada projek National Endowment for Democracy (NED).

Justeru tidak hairan langsung mengapa Joe Biden mengeluarkan Tweet yang menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan menentang Akta Hasutan kerana Anwar Ibrahim dan PKR serta Pakatan Rakyat adalah projek NED dan berada di bawah jagaan NDI.

Cuba tengok siapakah lagi 'rakan-rakan baik' dalam NED (DI SINI)

Perhatikan juga wajah-wajah biasa yang terdapat dalam gambar yang dirakamkan pada tahun 2007 menerusi newletter NED yang disiarkan di laman sesawang mereka. (DI SINI)

Teliti juga apa itu NED (DI SINI)

1 comment:

Anonymous said...

Bukan kah Nwar gi pusing2 di America beberapa minggu yang lalu. Sia2 dan buang duit jer kalau tidak dapat sekor monyet atau keldai yang sudi memberi sekata-dua sebagai sokongan kes liwat dia....Korang ingat Nwar kisah ker pasal akta hasutan tu? Nwar cuma nak harapkan tekanan untuk kes liwat dia. SiNwar tu memang takut nak mampus masuk jail. Akta hasutan sekadar bermain isu untuk dapat perhatian jer.

 
Blogger Templates