Manek Urai menjadi kawasan yang paling buruk dilanda banjir.
Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai, hanya tinggal satu tingkat dari empat tingkat yang masih belum ditenggelami. Terdapat lebih kurang 400 orang mangsa banjir dipindahkan di situ. Semua mangsa, telah dipindahkan ke tingkat teratas. Turut dilaporkan, arus banjir terlalu deras dan kelengkapan yang ada tidak berupaya untuk sampai ke situ.
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai turut dilanda banjir. Balai Polis Bertam yang terletak di atas bukit juga, sudah dilanda banjir. Manakala jambatan keretapi bersebelahan dengan balai telah tenggelam terus.
Difahamkan juga, bantuan tidak dapat dihantar ke Manek Urai kerana semua jalan perhubungan telah terputus. Bot-bot polis tidak dapat digunakan, manakala pihak berkenaan masih lagi menunggu bantuan daripada bot-bot tentera.
Setakat laporan sehingga tengah malam tadi yang kami terima:
Jumlah daerah yang terlibat banjir di Kelantan adalah 9.
Jumlah pusat pemindahan adalah 73 (warta) dan 7 (tidak diwartakan).
Jumlah keluarga yang terbabit: 6268
Jumlah keseluruhan mangsa: 21,679
Bacaan paras air:
Sg. Galas Dabong: 44.66m (bahaya)
Sg. Lekir Tualang: 41.69m (bahaya)
Sg. Kelantan Tangga Krai: 31.8m (bahaya)
Sg. Kelantan Guillemard: 19.23m (bahaya
Kelantan Tambatan Diraja: 5.74m (bahaya)
Sg. Golok Jenob: 22.33m (amaran)
Sg. Golok R/Panjang: 10.28m (bahaya)
Sg. Semerak Pasir Puteh: 1.08m (normal)
Pecahan mengikut daerah:
DAERAH PASIR PUTEH
Jumlah Pusat Pemindahan: 05 Pusat
Jumlah Mangsa: 604 mangsa
DAERAH PASIR MAS:
Jumlah Mangsa = 6575 Mangsa
DAERAH TANAH MERAH
Jumlah Pusat Pemindahan = 09 Pusat
Jumlah Mangsa = 695 Mangsa
DAERAH MACHANG
Jumlah Pusat Pemindahan = 05 Pusat
Jumlah Mangsa = 168 Mangsa
DAERAH KUALA KRAI
Jumlah Pusat Pemindahan = 21 Pusat
Jumlah Mangsa = 3320 Mangsa
DAERAH TUMPAT
Jumlah Pusat Pemindahan = 08 Pusat
Jumlah Mangsa : 4146 Mangsa
DAERAH JELI
Jumlah Pusat Pemindahan = 02 Pusat
Jumlah Mangsa = 618 Mangsa
DAERAH GUA MUSANG
Jumlah pusat pemindahan = 21 Pusat
Jumlah Mangsa = 4915 Mangsa
DAERAH KOTA BHARU
Jumlah pusat pemindahan = 02 Pusat
Jumlah mangsa = 247 Mangsa
Jalan Perhubungan Utama Yang Ditutup :- 06
Jln Kuala Lumpur-Gua Musang ke Merapoh, Kuala Lipis (KM50,KM90,KM96) ditutup kepada semua kenderaan.
Gua Musang ke Loging KM 40 berhampiran R&R Pos Blau ditutup kepada semua kenderaan
Gua Musang ke Jeli ( Jelawang/Dabong, K/Krai) ditutup kepada semua kenderaan
Jln Machang ke K/Krai (Sg. Durian)
Jeli ke Grik di KM 60.6 Banjaran Titiwangsa ditutup kepada semua kenderaan.
Kota Bharu ke PCB di Penambang berhadapan Aminah Songket ditutup kepada semua kenderaan.
Sebuah rumah roboh di Lot 266, Kampung Tikat Jalan PCB. Anggaran kerugian RM100,000.
Tanah Runtuh:- 03
Jalan utama Limau Kasturi ke Bertam Baru di Gua Musang.
Jelawang/Dabong di Kuala Krai
Km 40 Jln Gua Musang-Lojing (Berhampiran R&R Blau)
Mangsa Lemas/Hilang : 5 Orang
1) Kubang Kerian
Tarikh : 18/12/14
Nama: Baharom Bin Mohamed
Umur: 25 Tahun
Punca Kematian: Mati Lemas
2) Kuala Krai
Tarikh: 18/12/14
Nama: Nuralziana Adila Binti Asrul Afendy
Umur: 1 Thn 8 Bln
Punca Kematian: Masih Lagi Hilang
3) Kuala Jambu
Tarikh: 19/12/2014
Nama : Che Muhamad Ahnuar bin Che Hassan.
Umur : 17 Tahun
Punca Kematian : Mati Lemas
4) Laloh
Tarikh : 24/12/2014 (0321hrs)
Nama : Pok Mat Pendek (Suami)
Umur : 60an
5) Laloh
Nama : Noraini Binti Hassan (isteri)
Umur : 60an
Punca Kematian : Hanyut tidak dapat dikesan
Balai Polis dinaiki air:
1) K/Krai - BP Laloh
- BP Kuala Krai (1.0m)
- BP Dabong
- BP Manek Urai
- Pondok Pahi
2) Tumpat - BP Kuala Jambu
- BP Simpangan (perkarangan balai baru dimasuki air)
3) Pasir Mas - BP Rantau Panjang
- BP Bakong
- Pondok Polis Gelang Mas
1 comment:
Assalamualaikum Tuan Rumah!
Mohon sharing Kompilasi bantuan banjir Pantai Timur FYI
Terima kasih..Jom hulurkan bantuan
Post a Comment