Jadi, bila Rosyam Nor mendedahkan perkara itu menerusi media sosial, kecohlah. Lebih kecoh lagi bila Rosyam Nor turut menggesa premis perniagaan tersebut kerana diskriminasi mereka ke atas seorang gadis Melayu-Islam bertudung yang kebetulan pula adalah anaknya sendiri.
Sehari selepas isu tersebut viral, barulah pemilik premis perniagaan tersebut di One Utama mengeluarkan kenyataan meminta maaf dan menyatakan ia bukanlah polisi syarikat untuk tidak membenarkan gadis-gadis Melayu-Islam bertudung bekerja dengan mereka. Malah menariknya juga dikatakan pula, syarikat itu memang menggalakkan penyertaan gadis-gadis Melayu-Islam bertudung!
Beberapa individu di Facebook turut menceritakan kisah mereka dengan syarikat terbabit. 6 atau 7 tahun lalu kata mereka, ianya telah berlaku. Bila didedahkan, alasan yang sama juga diberikan.
Sebenarnya isu ini bukanlah isu terasing atau ganjil.
Memang serba-serbi terbalik.
Namun yang lebih menarik lagi ialah apabila seruan boikot dibuat, barulah mereka akan meminta maaf dan kemudian menyalahkan pekerja bawahan yang sudah tentulah dari kalangan orang Melayu-Islam sendiri. Mereka langsung tidak bersalah!!!
4 comments:
Seruan Boikot ni sekejap je. Ritu dah nak boikot McD la, Cadbury la, Nestle la, Coke la... dan macam-macam lagi. Tapi tu la... boikot sebulan je. Pas tu macam la kalau tak melahap burger McD tu boleh mati kebuluran. Kalau Istiqomah boikot terus dari menu harian kan ke bagus. Masa orang ajak boikot punya la... sampai pecah-pecah pintu tapi la ni... aku tengok ramai yang berkopiah pun melahap kat McD. Emmmm.... Memang Melayu Mudah Lupa.
Masih lagi memboikot McD, Nestle dan Coca-Cola
Lanciau haramlee.
Aku rase dh sampai masanya orang ISLAMMELAYU kena wujudkan syarikat yg serupa supaya orang Islam ade pilihan selepas memboikot syarikat2 kapir ni. Bawala isu dlm ahli parlimen belia....wahahaha
Post a Comment