Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 13, 2014

BILA GEREJA AJAK UMAT ISLAM MURTAD, RAMAI MARAH, TAPI BILA PUSAT DAKWAH ISLAMIAH TAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MUALAF, SEMUA TUTUP MATA!!!


Sekurang-kurangnya 10 keluarga saudara baru sekitar Seremban melahirkan rasa kesal dengan pentadbiran Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi yang mereka sifatkan sebagai lemah.

Mereka mendakwa Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah tersebut tidak proaktif dalam membantu menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Bercakap kepada Free Malaysia Today pada sidang media, aktivis mualaf, Mohd Suhib Mohan Abdullah, 49, berkata, unit itu tidak dapat memberikan bantuan segera ketika keadaan amat mendesak.

Jelasnya, kebelakangan ini pentadbiran unit semakin tidak proaktif dan terlalu terikat dengan kerenah birokrasi sehingga tidak cekap.

“Permasalahan utama yang sering dihadapi oleh golongan mualaf ini ialah apabila memohon bantuan kewangan. Mereka yang datang memohon bantuan segera atau kecemasan adalah mereka yang menghadapi masalah kewangan yang tenat sekali.

“Malangnya ada masanya pemohon terpaksa menunggu dari pagi hingga ke petang dan adakalanya kena datang lagi pada esok hari, untuk mengetahui status kelulusan permohonan mereka,” keluhnya.

Mohd Suhib memberitahu, antara masalah yang dihadapinya ialah ketiadaan kakitangan pada waktu bertugas dengan pelbagai alsan seperti cuti dan berkursus.

“Jika ada pegawai bercuti atau berkursus, sepatutnya tempatkanlah pegawai lain untuk memproses permohonan bantuan kecemasan itu. Sikap Unit Ukhuwah yang tidak proaktif ini benar-benar menyulitkan golongan mualaf yang datang memohon bantuan kecemasan,” kata beliau.

Pesakit Jantung, Jamaludin Abdullah, 61, mendakwa kebanyakkan golongan saudara baru bukan sahaja menghadapi masalah kewangan tetapi juga tekanan mental.

“Kebanyakkan dari kami telah dipulaukan oleh keluarga kami selepas kami memeluk agama Islam. Keluarga dah buang. Sanak-saudara sudah tidak melayan lagi. Kami tidak ada pilihan melainkan memohon bantuan daripada Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi,” jelas beliau.

Beliau menambah: “Jika Unit Ukhuwah dan Pusat Dakwah tidak buat sesuatu untuk tolong kami, siapa lagi nak tolong?”

11 comments:

Anonymous said...

Ulama nak jadi pemimpin ramai. Ulama berjiwa pemimpin tak ada

Anonymous said...

Berdosa mereka mengabaikan AMANAH, Jika tak mampu elok dilepaskan sahaja jawatan. Mereka yang bekerja dengan kerajaan tetapi menjadi talibarut pembangkang patut insaf dan TIDAK menjadi gunting dalam lipatan. Diberi jawatan tetapi tidak menjalankan AMANAH.

Anonymous said...

semua yang kerja kt pusat zakat seluruh negara kaki tido malas ambil tahu masalah orang2 islam..sebab tak kena dengan batang hidung sendiri.

Anonymous said...

Dr kluar ratusan ribu utk program Imam Muda dan PU... baik belanja kt mualaf..
Agama pun dah boleh dibuat bisnes..

Org gomen... ambik gaji sbb apa ?
Sbb buat keja atau sbb p kursus ?
Yg tau nak naik gaji...
org swasta lebih mulia dr org gomen
org swasta kena keja utk dpt duit
org gomem hahun teloq pun boleh dpt duit.. cibai betul

Anonymous said...

Staff pusat zakat
Berlagak mcm lembu
Buat duit zakat mcm bapak dia punya

hangkedee said...

Amanah staff Pejabat zakat dan baitulmal... Anda berkerja tiru lah cara cara mubaliq Kristian berkerja. No kroni no biro KERASI.

Anonymous said...

Ramai pekerja gomen org pkr. Pemalas tahu nak komplen dan kerja yg senang2.

Anonymous said...

Staff pusat zakat ramai org pas lebai menyamar. Mmg org pas lembu dan buat duit zakat duit oyang mereka. Lorat org,pas nih janggut panjang entah nak simpul apa la agaknya.

Anonymous said...

Ceo siber kau ni tak da kerja pergi merata buat fitnah. Nanti lidah kau tumboh biji2 baru tau. Org2 PKR ni mmg jahat hobi masok dlm blog org buat fitnah. Mcm masok rumah org mengintai dan bw mulut mcm kau la tak reti nak beri salam. Biadap sgt!

Anonymous said...

Itu la ceo siber jahat dan rajin buat fitnah. Mmg zaman fitnah salah satu nya penyebar fitnah ialah ceo siber.
Berapa pok nuar dapigs bayar kamu?

Anonymous said...

Kroni d mana2, chek, bkn d baitumall saja.

 
Blogger Templates