Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 19, 2014

HARGA MINYAK: SEKALI LAGI PAKATAN RAKYAT BIJAK AMBIK KESEMPATAN!!!


Kelambatan pihak berkuasa dan kerajaan untuk memanipulasikan keadaan, berjaya diambil kesempatan oleh Pakatan Rakyat. Terlalu banyak isu yang menunjukkan Kerajaan dan pihak berkuasa gagal menggunakan kesempatan untuk menarik hati orang ramai.

Dalam isu 1MDB, daripada berkelebihan, kini bertukar menjadi tertekan. Pihak berkuasa kelihatan tidak mampu langsung menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan dan ada pula pihak dari dalam UMNO yang bijak mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri, sekaligus meletakkan harga kepada keberadaannya.

Begitu juga dengan isu BR1M yang sebelum ini dikecam teruk, tetapi pihak kerajaan dan UMNO sekadar mampu memberikan jawapan-jawapan klise yang sebenarnya tidak membantu, bahkan menambahkan lagi masalah kepada kerajaan dan UMNO sendiri. Ketandusan individu yang mampu memberikan jawapan yang dapat menyanggah segala tuduhan, jelas ketara dalam UMNO dan Kerajaan sekalipun terdapat ramai pegawai yang sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta berperang sesama sendiri untuk mempertahankan kedudukannya tetapi sangat kecut dan takut untuk berperang atau memberikan penjelasan kepada pihak lawan.

Kini muncul pula isu harga minyak. Apabila Kerajaan mengumumkan pengapungan harga RON95 dan diesel selain RON97 yang telah diapungkan lebih awal, ada di kalangan penyokong kerajaan sendiri berasa skeptik kerana harga minyak di pasaran dunia sememangnya bersifat volatile.

Dengan penurunan harga minyak mentah dunia, menyaksikan harga minyak yang diproses untuk menjadi petrol dan diesel juga turut mengalami perubahan. Telah dikhabar bahawa harga petrol dan diesel akan diunjurkan semula berdasarkan harga semasa.

Menariknya, orang Pakatan cuba berlagak seolah-olah merekalah pendesak kepada kerajaan sehingga akhirnya kerajaan TERPAKSA menurunkan harga minyak. Demonstrasi TUNTUT yang dijadualkan pada 31 Disember nanti merupakan manifestasi kepada taktik Pakatan Rakyat yang bijak mengambil kesempatan, sekaligus menunjukkan lembabnya pihak kerajaan dan UMNO sendiri untuk memberikan penjelasan secara jitu lebih awal.

Mencipta persepsi adalah kerja Pakatan Rakyat. Sekarang mereka mencipta persepsi untuk semua isu dan kerja mereka semakin mudah kerana pihak kerajaan dan UMNO masih tidak dapat melihat kesan-kesan yang akan mereka tempuhi dalam tempoh terdesak kesan daripada persepsi yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat.

Anehnya, kalau politik sesama sendiri, UMNO dan Kerajaan cukup hebat!!!

Tengok sahajalah MEDIA PRIMA!

5 comments:

Anonymous said...

SETUJU 100%...

Aku dah fed-up dengan UMNO. Lembab dan slow utk detect NADI RAKYAT. Terlalu sibuk dengan periuk nasi sendiri.

Tak ada jalan lain... KEPIMPINAN UMNO WAJIB DITUKAR !!! TUKAR NAJIB !!!

Anonymous said...

Sikap golojoh pembangkang dan apa saja perkara semua nak dipolitikkan banyak memakan diri sendiri.Walau pun ramai orang tak suka UMNO,tapi mereka buka telinga dan mata melihat kerenah pembangkang.Kalau betulx rakyat benci sangat UMNO takkan UMNO saja boleh menang kerusi Parlimen sama banyak dengan partix PR dicampor tiga sekali.Tambahan pula skrg ini melihat pergolakkan yg berlaku dgn PR skrg.Hanya golongan Melayu yg panggil diri mereka Urbanites saja yang bersikap anti establishment,tapi saya rasa golongan kampongan masih berharap dgn BN.

IkatanMelayu said...

memang rakyat macam menyampah dengan UMNO tp rakyat tetap bernaung dan yakin dengan UMNO.
Tapi pembangkang wpun mereka mcm menjuarai isu.. mereka hanya seronok dlm dunia mereka..
Rakyat akhirnya takkan pilih puak2 penipu dan kaki menyalak di tepi jalan ini untuk memerintah negara.

Cuma jika UMNO lebih pantas, cekap memberikan penerangan dan penyampaian.. langsunglah Pakatan Haram tak boleh hidup dan cari makan..

Elok juga sekurang2nya rakyat tengok man aparti yg membela rakyat dan mana berok yang terpekik2 di jalanan.. satu habuk pun tiada apa untuk rakyat melainkan menjadi BALACI.
Tanya sama Anwar kenapa Jam Omega hilang..

Anonymous said...

UMNO hebat masa PAU shj, UMNO kekal berkuasa di Pjaya hanya krn PR diketuai pemimpin tahap sial

Anonymous said...

Najib hanya boleh dijatuhkan oleh MT UMNO sahaja,tapi la ini depa dok senyap saja.Kalau pun Najib ditukar adakah perubahan ketara akan berlaku,apa jaminan yang UMNO akan berubah secara drastik.Membuat komen adalah mudah bagi pemerhati luar,tapi bagi yang terlibat secara langsong terutama di dalam satux parti itu,ianya adalah satu perkara yang amat rumit.

 
Blogger Templates