Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 13, 2014

INI BERITA KALI KE BERAPA NTAH NUR JAZLAN NAK KELUAR UMNO DAN MASUK PKR!!!


Sebenarnya berita tentang Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai bercadang hendak keluar dari UMNO menerusi kenyataannya yang penuh mantiq dan permainan bahasa.

Kebanyakan ahli politik yang sedang mencari kedudukan atau mahu mendapatkan apa yang mereka mahu biasanya, akan menggunakan taktik 'hendak keluar dari parti'.

Dah lama dan dah banyak kali sangat cerita tentang Nur Jazlan nak keluar dari UMNO dan menyertai PKR. Tetapi kesudahannya, dia tetap juga dalam UMNO, mendapat jawatan dari kedudukannya dalam UMNO bahkan pandai bercakap seolah-olah pemimpin berjiwa besar juga dari UMNO.

Begitu juga dengan beberapa orang pemimpin UMNO yang lain termasuklah pemimpin-pemimpin tersingkir yang masih lagi berasakan mereka relevan dalam politik negara seperti Saifuddin Abdullah, juga masih berada dalam UMNO dan tiada tanda-tanda mahu keluar dari UMNO walaupun banyak kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah mereka sudah benci tahap mega ke atas UMNO.


Nak masuk PKR pun, masalah sekarang ini. PKR bukannya seperti sebelumnya. Dalam PKR pun sudah ada golongan atau puak yang menentang keputusan Anwar Ibrahim memberikan jawatan dan kedudukan besar kepada bekas-bekas pemimpin UMNO dalam parti tersebut. Sebaliknya mereka turut mempersoalkan 'tangan hitam' Tun Dr. Mahathir di dalam PKR termasuklah Azmin Ali yang dikatakan sedang berusaha memusnahkan PKR dari dalam.

Beberapa isu dan perkembangan mutakhir ini, memperlihatkan PKR sedang berhadapan dengan masalah-masalah yang gagal diatasi. Apatah lagi keputusan tentang Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan masih belum diumumkan, membuatkan kebanyakan aktiviti PKR agak terhenti.

Keluar atau tidak Nur Jazlan dari UMNO sebagaimana yang sedang dihebohkan oleh puak-puak penyokong PKR, bolehlah dilihat sebagai cubaan untuk menaikkan nama PKR semula yang semakin tenggelam ekoran pelbagai isu yang melingkari parti tersebut terutama sekali membabitkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Menteri Besar Selangor dan terbaru Kalimah ALLAH yang boleh dilihat sebagai cubaan mengisytiharkan peperangan ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Para penyokong PKR memerlukan sesuatu yang lebih besar untuk menaikkan kembali PKR yang sedang dihancurkan kesan daripada ketamakan mereka sendiri.

PKR tidak lagi boleh menggunakan isu rasuah, suapan atau politik wang dalam UMNO, kerana PKR telah membuktikan, mereka juah lebih teruk dari UMNO yang ditohmah dan difitnah.

Secara logik akal, susah juga seorang ahli politik yang biasanya bersifat oportunis seperti Nur Jazlan tidak akan sengaja memilih duri dan onak menyertai sebuah parti yang semakin runtuh. Yang buat kerja bodoh macam tu cuma ZAID IBRAHIM sahaja setakat ini!!!

8 comments:

Anonymous said...

Poiiieee laa jika rasa sesuai dgn diri. Bye2..

Anonymous said...

Bila umno dilihat lemah maka golongan awal yg akan angkat kaki tinggalkan umno adalah pemimpin2...tak kiralah pemimpin pusat bahagian or cawangan...semua jenis pending diri sendiri...tak dpt jawatan or tak jadi calun pun merajuk...mampuih lah...

Anonymous said...

Lagi cepat mamat ni berambus lagi elok. Semenjak dia menerajui PAC, kerja asyik menghentam Kerajaan dan mempertengahkan agenda2 puak2 pembangkang dan bisnes2 pro pembangkang.

Inilah mamat celaka namanya.

Anonymous said...

kah kah kah...

1MDB = 1Malaysia Dah Bungkus
1MDB = 1Malaysia Dah Busuk
1MDB = 1Malaysia dah Bangkai

sesejuk mata memandang said...

Confrim bakal MB Johor jika masuk Parti Kencing Rakyat

Anonymous said...

Penang tunnel =pundek tunnel
Bayan mutiara=Bayan tiada
Kristian pakai allah=pas tiada

Anonymous said...

Dont,need,this type pf speciesss in umno. Musuh terangan. Pencucuk dari dlm ni yg dulu atok nuar ckp menular dari dalam.

Pkr,pula semuanya,komunis termasok penyokongnya 10.52 yg tidak tahu bersyukur sbb sudah d ajar oleh ketua2 dema dari dlm perut,ibu lagi. Kesian
.

Anonymous said...

Manusia ada darah China memang bangsat nak mampus. ..

 
Blogger Templates