Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 23, 2014

ISU PT3: IBU BAPA PEMBANGANG, ANAK-ANAK PUN TERBANGANG!!!

Macam-macam reaksi yang ditunjukkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati kerana keputusan PT3 anak-anak mereka tidak mencapai kehendak dan tahap yang mereka inginkan. Ramai yang meluahkan kemarahan kepada Kementerian Pelajaran dan Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Ibu bapa berkenaan seolah-olah memberi gambaran, kegagalan anak-anak mereka mencatatkan keputusan cemerlang pada PT3 akan meranapkan masa hadapan anak-anak mereka.

Ini masalah yang seringkali melanda masyarakat negara ini. Sudah acapkali kita mendengar cerita bagaimana ibu bapa menyalahkan guru kerana masalah akademik anak-anak mereka. Prestasi pelajaran anak-anak tak meningkat atau merudum yang dipersalahkan adalah guru. Ibu bapa tetap tak salah. Anak-anak bertukar menjadi macam pelesit dan setan, guru-guru di sekolah juga yang diperalahka. Ibu bapa tetap tidak salah.

Zaman LCE tukar kepada SRP, tidak ada masalah pun macam yang ada pada ibu bapa generasi sekarang. Masa SRP tukar kepada PMR pun, tidak banyak rungutan daripada ibu bapa. Dari zaman pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang sama sekali bertukar dan berlainan daripada corak pelajaran rasmi sebelum itu, ibu bapa tidak banyak merungut pun kerana tahu, kerajaan mahukan yang terbaik untuk rakyat, terutama sekali generasi baru.

Tetapi berbeza pada zaman sekarang di mana ibu bapa berasakan mereka lebih cerdik dan lebih hebat. Mentang-mentanglah sekarang zaman pembangkang boleh bercakap apa-apa sahaja, maka mereka pun teringin juga nak tunjuk pandai.

Maka terima sahajalah keadaan rayat negara ini yang tidak semakin pandai tetapi semakin bangang!!!

8 comments:

Anonymous said...

Kalau tak de anak yang ambil PT3 memang senang cakap la. PT3 dari format approved ke sit exam dalam 4 bulan je. Ikut suka kepala bapak diaorang kat MOE nak tukar. Habis buku tuisyen yg da beli awal format lain semua kena tukar baru. Mat sembab memang binawe. cikgu kat sekolah pon kelam kabut. Kau pon bangang macam bagus haram jadah

Unknown said...

Ini bukan masa nak berpolitik...ini pasal masa depan anak2 kita , lebih2 anak bangsa melayu....kementerian pelajaran dan menteri berkenaan kena bertanggung jawab...yg pelik kenapa x da sebarang komen dari pegawai kanan kementerian dan menteri yg terlibat

Anonymous said...

Ada anak ambik pt3? Kalau takde, kaji dulu psl pt3, barulah menulis. Seluruh negara berapa ramai yg dpt straight A? Berapa lama tempoh persediaan utk pt3 ambil markah evidence dari murid? Inilah masalah sistem pendidikan kita. Org atas terlalu bnyk berteori, terlalu gemar berujikaji. Pegawai kanan kpm dan menteri sepatutnya lebih arif soal pendidikan, memperkemas sistem dan bukan merosakkan sistem. Kasihan ibu bapa dan calon pt3 2014. Tak lupa guru2.

Anonymous said...

Ya sy ada anak pt3. Sebenarnya bagus sistem yg cuba diterapkn skrg.. Pelajar dididik supaya berfikir untuk memberi jawapan terbaik..Walaupun ada kelemahan tapi kenapa takut berubah.. Baiki segala kelemahan yg ada.. Jika sblm ni ramai yg gembira sb ramai yg dpt A.. tp hakikatnya peratus lulus direndahkan bergantung kpd pencapaian keseluruhan.. kita tertipu..Sesetengah paper markah 60 sudah boleh dpt A Kini pemarkahan memang ketat hanya yg memperolehi markah 80 ke atas baru boleh mendpt A.. Kita syok sendiri ramai pelajar dpt A tp bila dibandingkn dgn negara maju lain pencapaian kita semakin merosot. Kita hanya jd jagoh dihalaman sendiri tp longlai bersaing di persada antarabangsa.. Ini penambahbaikan yg cuba diambil oleh kjaan untuk menangani kemerosotan ini.. Tp mak ayah plak dh marah marah..
Sy pun musykil

Anonymous said...

Aku sokong pendapat Anon 9.22. Aku rasa kalau Anuar Ibrahim ambil PT3 pun..dengan dia pun sekali terlungkup...sebab apa terlungkup sebab dia tak pandai berfikir hanya kuat gebang.

Anonymous said...

Tak dapat Straight A pun tak mati still naik Form 4..SPM buat betul betul..hendak seribu daya..

Anonymous said...

Bdak suka mhafal dn tk gemar bacs buku ilmiah yg lain. Guru pula ade yg blur. Saya pun msih blur ttg format baru. Semoga thun dpan lbih bsedia. Pernah lihat kertad soalan. Lebih kpad pendapat sendiri . klau hrap bku teks tk cukup. Ade kbaikan ade negatfnye. Ape2 pun format ini wujud dnegara yg maju.

penang said...

Bagi saya - Kementerian Pelajaraan kena la pernilaian balik.
- Cigku tak diberi masa yang panjang untuk menilai P3.
- Buku rujukan kurang.

Kesan pada pada murid2 - gagal mendapat keputusan yang baik.

 
Blogger Templates