Jika semalam isu yang sering dimainkan oleh “hero-hero” di media sosial ialah kerajaan ini lemah, lembab dan bodoh kerana tidak mengisytiharkan darurat, hari ini ada lagi isu baru yang penuh kejahilan.
Selepas diterangkan sebab tidak diiystiharkan Darurat dan Darurat Bencana yang antara lain bagi membolehkan mangsa banjir membuat tuntutan insurans, mereka mempertikaikan pula mengenai insurans.
Tanpa rasa malu dan bersalah mereka membuat gambaran seolah-olah kerajaan ini bodoh kerana mana ada insurans yang meliputi bencana alam seperti banjir ini.
“Kerajaan hendak tipu siapa? Mana ada insurans ‘cover’ bencana alam?”
Masalah dengan kumpulan ini ialah mereka malas membaca akhbar dan menonton berita. Kehidupan mereka hanyalah di facebook, Twitter dan instagram sehingga mereka tidak sedar hidup mereka penuh kejahilan.
Pertamanya, sudah banyak insurans sekarang yang mewujudkan polisi tambahan yang membolehkan pengguna mendapat perlindungan daripada bencana alam seperti banjir ini dengan bayaran tambahan. Ramai orang sudah mengambil insurans tambahan ini termasuk kerajaan Malaysia sendiri.
[Grafik di atas dipetik dari Kurnia Insurans: http://malaysia.kurnia.com/House-Insurance/Default.aspx]
Kedua, ratusan ribu kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan melalui skim pinjaman perumahan kerajaan mempunyai insurans yang melindungi mereka daripada bencana alam.
Soalan :
Apakah jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut di bawah Polisi Kediaman?
Jawapan :
(a) Pada masa ini Syarikat Insurans membenarkan tuntutan dibuat atas kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh:-
Kebakaran, kilat, halilintar, kebakaran bawah tanah dan banjir;
Kejatuhan objek dari udara
Pelanggaran kenderaan bukan oleh Pemilik Polisi terhadap pagar dan pintu
Angin ribut, siklon, taufan dan hujan rebut
Pencerobohan secara kekerasan dan paksaan untuk tujuan mencuri dan atau seumpamanya;
http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/soalan-lazim/pengeluaran-bayaran/tuntutan-pampasan-kebakaran-bencana-alam
Jadi hanya kerana kita jahil dan malas membaca janganlah anggap orang lain atau kerajaan sebagai bodoh atau penipu.
Memang kita tidak berkompromi dengan isu keselamatan mangsa banjir. Jika isytihar darurat boleh menyelamatkan lebih ramai mangsa banjir dan menjadikan penyampaian lebih pantas dan cekap kerajaan pasti akan isytiharkan.
Tanpa pengisytiharan darurat pun kerajaan telah menggerakan seluruh kemampuan yang ada termasuk dari Angkatan Tentera Malaysia.
SUMBER: MYKMU.NET
4 comments:
Well as you know the pr adalah tdiri orng pling bodoh yg sombong.
Yup....pkr dan fitnah berpisah tiada.
Sebenarnya brgantung pada polisi inursan. Kontrak insuran nama lainnya adalh policy. Istihar darurat atau tdk jika policy x cover, x dapat satu sen. Begitu juga dgn kereta. Satu lagi dlm u dang2 kontrak suatu pelaksanaan tanggungjawab kontrak itu tidak prlu jika brlaku force majeure iaitu sprti bencana. Brmakna, pdmilim kereta yv trbabit tdk lagi wajib byr bank instalmen knderaan trsebut.
Hehe..tengok tu dah malukan!.
Post a Comment