Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 20, 2014

KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG DIKETUAI UMNO TELAH MEMBAZIR BERBILION-BILION RINGGIT!!!


Dari zaman 3M (membaca, menulis dan mengira) sehinggalah zaman PTPTN, sepatutnya negara ini sudah maju dengan standard pendidikan yang tinggi dan setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju. Apatah lagi dengan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan yang telah menjangkau berbilion-bilion ringgit semenjak dari zaman merdeka sehingga sekarang.

Dari sebuah sahaja universiti awam iaitu Universiti Malaya di Singapura, sekarang ini berpuluh-puluh buah universiti membabitkan IPTA dan IPTS berselerak di seluruh negara. Dari universiti sehingga ke kolej komuniti, kerajaan tidak sahaja menjadikan bidang pendidikan sebagai salah satu industri komersial tetapi juga sebagai memenuhi keperluan negara dengan menyediakan tenaga-tenaga mahir dan profesional.

Kalau dahulu, mereka yang ingin melanjutkan pelajaran terpaksa menyembah segala-galanya demi mendapatkan wang yuran pendaftaran sebelum sesetengah daripada pelajar menerima biasiswa yang amat ketat prosedurnya, sekarang ini belum masuk belajar, cek pinjaman yang memudahkan pembelajaran sudah pun tersedia. Daripada ketiadaan dana untuk melanjutkan pelajaran sehingga menyebabkan sebahagian Melayu kehilangan tanah kerana dijual untuk menampung pengajian, sekarang ini kerajaan menyediakan pinjaman untuk pengajian tinggi yang dipanggil PTPTN.

Segala-galanya telah dipermudahkan tetapi sebahagian daripada mereka yang tidak pernah belajar bersyukur dengan kemudahan yang disediakan, bahkan mendesak yang bukan-bukan.

Pelaburan kerajaan ke atas pendidikan nampaknya terjejas ekoran terdapat lambakan lulusan yang sebenarnya sekadar lulus tetapi tidak cemerlang. Dan yang lebih malang, terdapat ramai pula yang berlagak lebih politik dari orang politik. Nama-nama seperti Khalid Ismath, Adam Adli, Fahmi Zainol, Safwan Anang dan sebagainya membuktikan bahawa pelaburan negara dalam bidang pendidikan tidak berbaloi.

Mungkin ramai yang melihat 'kejayaan' Malaysia menghasilkan lulusan universiti atau graduan tetapi ramai pula yang memejamkan mata melihat hasil pelaburan Malaysia yang berjumlah berbilion ringgit sekadar menghasilkan SAMPAH-SARAP yang lebih berminat dengan politik berbanding kecemerlangan akademik!!!

2 comments:

maae said...

Sedih nya pendidikan tidak menjadikan anak-anak itu lebih matang. Tiada silang budaya kecuali menciplak budaya barat yang konon nya moden.

Kemodenan tidak menjanjikan kebahagiaan kepada manusia yang inginkan kebebasan melampaui batas. Mereka balik ke zaman jahilliah dengan pendidikan yang tidak langsung menyumbang kepada kualiti insan.

Pendidikan formal dan tidak formal juga memerlukan keseimbangan. Bukan menjadi ekstremis agama dan balik zaman sosialis, kapitalis dan komunis. Tiada istilah ini dalam Islam.

Anonymous said...

Ibu bapa ade peranannye jgn klau anak tu cerdik skit tak tegur kalau salah.

 
Blogger Templates