Aziz Isa, pembantu peribadi Pengerusi DAP Sarawak, Chong Jien Jen yang tidak boleh berbahasa Kebangsaan, tidak boleh menyanyikan lagu Negaraku dan tidak tahu apa-apa tentang Rukunegara, berjaya membuktikan kebodohannya dalam usaha untuk mengangkat perjuangan menentang keamanan dan mempromosikan huru-hara serta kacau-bilau.
Cita-cita DAP adalah untuk mewujudkan dan mencipta lebih ramai Aziz Isa yang boleh mereka tarik hidung, menyembah mana-mana pemimpin DAP dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada sebarang tentangan dan cubaan untuk menggulingkan pemerintahan Melayu-Bumiputera. Dan yang paling penting, mencipta makhluk hodoh perangai yang mampu mewujudkan persepsi bahawa pemerintahan Melayu-Bumiputera adalah RASUAH manakala pemerintahan Cina-DAP adalah bersih rasuah walaupun hakikatnya, Cina-DAPlah yang merupakan pengamal rasuah tegar... dari rasuah sebesar RM5.00 sehinggalah rasuah berjuta-juta ringgit untuk mendapatkan projek sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang yang sekarang ini telah membuatkan Lim Guan Eng kelam-kabut sehingga terpaksa mencipta polemik KALIMAH ALLAH bagi melarikan tumpuan masyarakat awam.
Aziz Isa barangkali tidak langsung pernah belajar di universiti. Atau barangkali dia pernah belajar, tetapi jenis pelajar keciciran yang kalau lulus pun sekadar kerana dia adalah Melayu-Bumiputera dan kalau mengikut sistem meritokrasi yang diperjuangkan oleh DAP, Aziz Isa hanyalah seorang tukang baiki kasut di Riverfront Sungai Sarawak.
Justeru, kerana kebodohan dia itulah, kita dapat melihat bagaimana seorang yang dikenali sebagai manusia setakat SPM, yang pernah hidup merempat sebelum dikutip oleh Creative Enterprise bekerja sebagai kartunis yang bergaji RM250 sebulan dan tuntutan berdasarkan jumlah mukasurat kartun yang dihasilkan, didewa-dewakan oleh Aziz Isa.
'Keluhannya' tentang pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh blog Dari Sematan Ke Lawas dan Melanau Bloggers, selain laporan-laporan polis yang dibuatnya, menunjukkan dengan jelas tentang niat jahatnya memandangkan tidak mustahil, Aziz telah diarahkan oleh taukeh-taukehnya untuk menjahanamkan golongan muda Melayu-Bumiputera di IPTA agar mereka kekal bodoh tetapi pada masa yang sama, mabuk dengan CANDU POLITIK!
2 comments:
Org yg hidup atas pemberian ehsan duit babi mcm ni lah perjuangannya
bangang nye sama tahap dengan menteri2 umno. terimalah hakikat.
Post a Comment