2-3 hari ini tersebar di laman sosial seperti whatsapp tentang isi kandungan muka surat 32 buku tulisan saya dan ustaz nizam "Beginilah al-Quran Mengajar Kami" yang telah disalah ertikan maksudnya oleh ramai orang awam.
Saya mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan kekeliruan ini kerana ia melibatkan soal akidah.
Jika dibaca pada MUKA SURAT 32 SAHAJA, ayat itu menerangkan tentang tafsir al-Quran yang mengatakan;
1. Ada lagi Nabi Baru selepas Nabi Muhammad.
2. Wajib taat kepada pemimpin kafir dan jahat.
Sedangkan sebenarnya ayat-ayat dalam perenggan tersebut sedang menerangkan tentang CONTOH KITAB TAFSIR YANG SESAT DAN SALAH.
Saya Ulang.
CONTOH KITAB TAFSIR YANG SESAT DAN SALAH.
Boleh lihat gambar kerana tajuk tersebut berada pada MUKA SURAT 31.
Jadi, sudah tentu ayat pada perenggan tersebut (MUKA SURAT 32) menerangkan tafsir al-Quran yang salah dan sesat.
--------------------------
Justeru di sini saya menyeru semua sahabat-sahabat untuk:
1. Menyampaikan perkara ini jika ada kawan-kawan yang telah tersalah faham.
2. Mengambil langkah berhati-hati sebelum menyebarkan ilmu agama di laman sosial. Bimbang disalah gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
3. Memahami semua berita, maklumat dan ilmu dalam konteks yang betul, secara menyeluruh. Bukan sekerat-sekerat.
Wallahualam.
USTAZ ZAMBRI
No comments:
Post a Comment