Semakin hari semakin teruk. Semakin menjadi-jadi. Facebook sudah penuh dengan pelbagai fitnah dan cerita-cerita yang memperkecil-kecilkan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan, Najib Abdul Razak, agensi-agensi yang bertugas, sukarelawan dan petugas-petugas yang sudah bergelut untuk menghantar bantuan dengan penuh kepayahan.
Kemuncak banjir sudah kian berlalu walaupun keadaan masih lagi buruk. Sudah banyak kawasan yang sebelum ini terputus bekalan, perhubungan dan sebagainya yang kebanyakannya BERLAKU DI KELANTAN, negeri yang diperintah oleh PAS, semakin baik. Para pemimpin UMNO setempat dan negeri seperti Mustafa Mohamad, Anuar Musa dan sebagainya, bergelut bersama-sama rakyat yang ditimpa bencana dari awal kejadian. Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula hilang entah ke mana. PKR langsung tak tunjuk muka dan DAP cuba bermain tarik tali menggunakan isu hudud.
Mungkin tiada cara untuk mengakui kesalahan yang dilakukan oleh para pemimpin mereka sendiri, para penyokong Pakatan Rakyat memilih untuk menghentam Najib Abdul Razak sekalipun, Perdana Menteri Malaysia bergerak dari satu tempat ke satu tempat di kawasan-kawasan banjir untuk membuat lawatan dan bagi memastikan semuanya berjalan mengikut perancangan yang dibuat sebelum banjir melanda.
Menariknya ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan yang pengundi mereka terlibat dalam banjir, langsung tidak nampak muka. Pengakuan Menteri Besar Kelantan yang dia sendiri tidak sanggup turun ke kawasan-kawasan banjir di negerinya kerana rumahnya sendiri dimasuki air, boleh pula diterima dengan senang hati. Tiada pula sebarang caci nista sebagaimana yang ditunjukkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat di media-media sosial.
Ini sahajalah yang mampu mereka lakukan untuk membela para pemimpin mereka yang tidak bertanggungjawab.
Dan nampaknya pengumuman SKMM dalam mencari dan memburu individu yang dikenalpasti menyebarkan berita palsu membabitkan kejadian di Manek Urai, langsung tidak menakutkan golongan berkenaan.
Toyota to build Lexus EV plant in China by 2027
3 minutes ago
5 comments:
Ini la puak fuckatan org wat baik di balas nya taik perangai cam cina dap....cina pemakan babi mmg dh terang benderang kita taw nenek moyang depa dhulu pun pengkhianat lari dr negara china bacul la katakan...apsai puak pas n pkr pi ikut....
Mana KJ?ketua pemuda Umno?senyap je x nampak muka..pemuda umno xkan berkerja kalu xde habuan..kalu KJ xde bg upah, kami akan rembat semua beras dan jual..pedulik apa dgn mangsa banjir.inilah masa yg terbaik unt rembat peruntukan banjir.
Cut and Paste UMNO, yang lain tak ada masa nak layan.
Cut and Paste, Video Seks dan sebagai nya tak ada kesudahan nya....... yang dijalankan oleh pengikut2 Madey Malabari.
Subahanallah
Post a Comment