Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 15, 2014

POPULARNYA SLOGAN 1MALAYSIA, SAMPAIKAN LAMAN SESAWANG SEKS PORNO PUN PAKAI SLOGAN 1MALAYSIA!!


Rasa-rasanya ini bukanlah seperti yang dikehendaki oleh Najib Abdul Razak ketika dia memperkenalkan thumb-printnya sebagai Perdana Menteri Malaysia, 1Malaysia. Solidariti rakyat Malaysia menerusi konsep 1Malaysia bukannya bermaksud bersolidariti dalam keseronokan melucah dan perlucahan.

Dan yang pastinya, Najib tidak pernah terfikir pun bahawa slogannya itu akan digunakan oleh website lucah!

Sebuah forum seks atas talian yang menggunakan slogan yang diperkenalkan oleh Najib Abdul Razak, dikatakan mendapat sambutan hangat dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan daripada SKMM. Forum seks atas talian itu membolehkan ahli-ahlinya berkongsi keghairahan mereka dan memberikan gred kepada wanita-wanita yang telah mereka tiduri.

Laman sesawang tersebut telah dimulakan oleh 'adik-beradik Cheongster' dan menggalakkan ahli-ahli mereka untuk menulis 'laporan' tentang wanita yang telah mereka tiduri dan lakukan hubungan seksual.

Laman sesawang tersebut turut menggunakan akronim untuk memperkenalkan kaum wanita-wanita yang telah 'dijadikan mangsa'.

CKT (char koay teow) adalah merujuk kepada wanita Cina. NL (nasi lemak) merujuk kepada wanita Melayu. Tom Yam (Thai) dan PRC (China).

Konon-kononnya objektif kewujudan laman sesawang tersebut adalah untuk 'mendidik lelaki' tentang pengalaman seksual mereka sebelum mereka 'menghadapi dunia nyata'.

Pada satu bahagian daripada laman sesawang tersebut turut memberikan butiran wanita-wanita yang boleh dihubungi, namun untuk mendapatkan wanita-wanita tersebut, seseorang perlu menunjukkan 'keikhlasan' menerusi e-mel kepada admin untuk diterima sebagai 'verified brother'.

Hanya 'verified brother' sahaja yang boleh melihat foto gadis-gadis terbabit. 'Verified brother' juga dinasihatkan untuk mencuba wanita-wanita asing terlebih dahulu kerana mereka bekerja 'sepenuh masa' berbanding wanita-wanita tempatan yang perlu mereka tunggu.

Laman sesawang itu juga mempunyai Twitter dan akaun Facebook. 'Server'nya terletak di Seattle. Hasil siasatan menunjukkan laman sesawang tersebut telah diwujudkan pada tahun 2010 oleh seorang individu di Petaling Jaya.

Dari tahun 2010, nampaknya SKMM terlepas pandang laman sesawang ini!

MAKLUMAT: RAKYATPOST

1 comment:

Anonymous said...

Seks itu suatu yang penting. Jadi ok lah kalau mengguna "1 Malaysia". Ada juga website yang mengguna name "Malaysia 1". Hidup Melayu!

 
Blogger Templates