Dan mereka pula dijaga oleh orang-orang tertentu yang memberikan arahan dalam Bahasa Cina, sama ada dalam bahasa standard iaitu Mandarin, mahupun menerusi dialek-dialek suku kaum Cina.
Ada juga yang menimbulkan persoalan, mengapa tidak ramai golongan muda Cina DAP yang meninggal dunia dan kebanyakan daripada mereka tertumpu di kawasan-kawasan yang kuat menyokong DAP terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang.
Persoalan-persoalan tersebut tidak pernah dijawab oleh DAP mahupun oleh MCA dan pertubuhan-pertubuhan berteraskan kaum Cina. Sebaliknya, mereka lebih sibukkan tentang kaum Bumiputera yang memiliki kad pengenalan Malaysia walaupun kebanyakan yang membuang undi adalah golongan tua, malah yang sudah berkali-kali terlibat dalam pilihanraya.
Memandangkan DAP dan Anwar Ibrahim menjadikan isu kad pengenalan sebagai isu utama untuk mempertikaikan kerakyatan sebahagian warganegara Malaysia, mungkin elok juga kalau kerajaan menguatkuasakan undang-undang bersabit kerakyatan terutama yang menyentuh Perkara 16 dan Perkara 16A Perlembagaan Persekutuan.
Barangkali mengapa terlalu ramai golongan muda Cina DAP wujud di Malaysia akan terjawab sekiranya Perkara 16 dan Perkara 16A dikuatkuasakan sedangkan zaman masyarakat Cina khususnya memiliki ramai anak, sudah lama berlalu.
Rujuk juga Akta Hasutan 1948 berkenaan Kecenderungan Menghasut Perkara 3 (1).
1 comment:
Kita sepatutnya merasa bimbang akan cepat pertambahan penduduk cina sehingga boleh menguasi negeri . mungkin rasuah lah puncanya, harus di ingat mereka alan mengunakan apa cara sekali pun. Mengunakan orng profesional mereka, orng kaya dan pegawai kerajaan yang korupt...menteri dalam negeri harus lebih aktif dan telus. Menghalang pertambahan mendadak kaum kaum pendatang ini.
Post a Comment