Tahun ini, Hari Krismas dan Tahun Baru bakal jatuh dalam musim banjir!
Tidak mustahil juga kerajaan sudah pun mempunyai rancangan untuk meraikan perayaan Krismas secara rasmi selain sambutan tahun baru 2015 yang pastinya menelan belanja yang sangat besar.
Di media-media sosial, semakin ramai yang mendesak agar kerajaan tidak membazirkan wang dengan sambutan perayaan dan tahun baru, sebaliknya peruntukan sedia ada disalurkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.
Banjir teruk yang melanda di negeri-negeri Pantai Timur menyaksikan kegiatan ekonomi terhenti sama sekali. Kerugian bakal mencecah ratusan juta ringgit kalau tidak pun berbilion ringgit kesan kemusnahan banjir. Kelantan dan Terengganu paling teruk terjejas. Turut terlibat dalam banjir adalah Perak dan Johor di Pantai Barat.
Apakah kerajaan mahu mengikut desakan ramai atau pihak berkuasa tetap juga dengan pendirian untuk meraikan perayaan pada ketika sebahagian besar umat Islam terutama di Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak sedang berduka kerana bencana banjir selain persediaan untuk musim persekolahan yang baru?
2 comments:
Satu cadangan yang baik. Utamakan bantuan kepada mangsa banjir.
Tell them to the sponsorslah, AMBANK...
Post a Comment