Dua hari lepas, Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) menyiarkan beberapa nama individu yang mempunyai kaitan dengan penyebaran maklumat palsu membabitkan kejadian banjir di Manek Urai.
Ia bagaimanapun, tidak mengurangkan kepelbagaian berita dan maklumat palsu, bahkan fitnah semakin menjadi-jadi di Facebook memandangkan SKMM masih gagal mengesan serta mengambil tindakan ke atas individu-individu berkenaan.
Antara yang paling kurang ajar dan mempunyai maksud jelas membangkitkan kemarahan, kebencian dan konflik di negara ini adalah individu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Ayahnda Raja Provokasi. Beberapa pendedahan sebelum ini, masih gagal menjentik tindakan daripada SKMM. Tiada sebarang ulasan daripada SKMM walaupun hasutan yang dilakukan oleh individu terbabit sebenarnya jauh lebih merbahaya berbanding maklumat palsu Manek Urai yang disebarkan
Satu-satunya yang
diketahui laporan polis dibuat adalah membabitkan niat jahat yang
dibuat ke atas Ketua Polis Negara. Selain daripada itu, tidak ada.
Ketika rakyat Malaysia sedang menumpukan perhatian kepada musibah
banjir yang sedang melanda
di beberapa buah negeri,
individu berkenaan sekali lagi berusaha
membangkitkan kebencian antara penganut Islam
dan Kristian. Individu ini berniat untuk menimbulkan kekacauan serta peperangan saudara di Malaysia, manakala kegagalan pihak berkuasa untuk mengesan dan menangkapnya, telah digunakan untuk menambahkan lagi bahang hasutan yang telah dimulakannya.
1 comment:
Dikeluarkan kilang fitnah UMNO utk tangkap pembangkang. Cut and Paste bermula dari Papa Gomo.
Post a Comment