Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng merupakan salah seorang pemimpin DAP yang cukup angkuh apabila menyatakan, 'lantik seorang daripada pemimpin DAP sebagai komander Tentera Udara atau Tentera Laut, kami akan menemui MH370 dalam masa yang singkat'.
Apabila kenyataan bodohnya itu tersebar, dalam tempoh beberapa jam kemudian dia menarik kembali kata-katanya. (RUJUK DI SINI)
Pada 27 Januari 2014, Lim Lip Eng kalah saman fitnah membabitkan bekas ahli DAP Cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min. Mahkamah Tinggi kemudiannya mengarahkan Lim Lip Eng untuk membayar RM20,000 kepada Yap.
Kekalahan tersebut membuktikan dan membuka tembelang pembohongan Lim Lip Eng.
Lim Lip Eng enggan mematuhi perintah dan keputusan Mahkamah Tinggi.
Sekali lagi Yap Kon Min mendapatkan keadilannya menerusi Mahkamah Rayuan pada 18 September 2014 untuk mengadu. Sekali lagi Yap menang dan Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengarahkan Lim Lip Eng membayar tambahan RM7,000 menjadikan jumlah keseluruhannya adalah RM27,000 yang perlu dibayar oleh Lim Lip Eng.
Namun Lim Lip Eng yang enggan patuh dengan perintah Mahkamah Tinggi, turut menolak keputusan Mahkamah Rayuan.
Oleh kerana itu, pada 4 November 2014, Yap Kon Min membuat laporan ke atas Lim Lip Eng kerana tidak menghormati dan mematuhi keputusan dua mahkamah.
Selain Ahli Parlimen, Lim Lip Eng juga merupakan seorang peguam.
Kerana dia Cina-DAP, dia berasakan dia lebih besar daripada segala-galanya dan dia juga bebas daripada patuh kepada undang-undang negara ini. Yang dia mahu, undang-undang patuh kepadanya dan semua orang dalam dunia ini yang bukan DAP perlu tunduk sujud hormat kepadanya.
Ketika ditanya oleh media beberapa hari lepas, dengan penuh angkuh dan sombong dia berkata,
"Kalau ada apa-apa perkara, suruh dia atau NGO itu pergi ke mahkamah dan saman saya." Demikian komen ringkas Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng kepada Sinar Harian Online.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, bahaw pemimpin DAP itu didapati masih gagal membayar pampasan kepada seorang bekas ahli parti itu dalam satu perbicaraan kes fitnah pada awal tahun ini.
"Kalau ada apa-apa sila jumpa saya di mahkamah," katanya secara ringkas dan enggan mengulas lanjut. (RUJUK DI SINI) (KLIK VIDEO DI SINI)
Memang jelas niat sebenar Lim Lip Eng adalah menghina mahkamah Malaysia. Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak dipatuhinya, tetapi dia masih menyindir agar sebarang kes melibatkan dirinya dibawa ke mahkamah. Seolah-olah dia ingin memberitahu bahawa mahkamah berada di bawah tapak kakinya dan tiada sesiapa pun yang dapat memaksanya untuk mematuhi keputusan mahkamah.
Dia baru menang kerusi Parlimen Segambut. Bayangkanlah kalau orang ini merupakan salah seorang Menteri Kabinet dan partinya pula menjadi parti peneraju negara seperti UMNO...
Barangkali Pol Pot dan Khmer Rouge versi Malaysia akan dijelmakan oleh mereka kerana bagi mereka, merekalah undang-undang dan undang-undang sedia ada tidak tertakluk kepada mereka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment