Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 4, 2014

YANG RASUAHNYA PENJAWAT AWAM, TETAPI YANG DIPERSALAHKAN ADALAH UMNO... LAWAK BANGANG!!!

Berita semalam membabitkan seorang penjawat awam yang menggunakan kenderaan rasmi Jabatan Kastam Diraja menyeludup rokok dan ditahan oleh Kastam Brunei, sememangnya amat memalukan Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia khususnya.

Menariknya, ada golongan penyokong Pakatan Rakyat yang tidak cukup sifat, tidak cukup akal dan telah digelapkan hati serta mata mereka, menyalahkan UMNO kerana perbuatan durjana penjawat awam yang tidak bertanggungjawab itu.

UMNO dan para pemimpin negara telah lama dipalitkan dengan tuduhan rasuah. Bagaimanapun, sehingga kini mana-mana pihak yang sanggup bertegang leher, bahkan memutuskan silaturrahim kerana bertegas menuduh UMNO dan Kerajaan sebagai pengamal rasuah, langsung tidak menunjukkan bukti atau paling tidak pun membuat laporan polis dan membawa kes ke mahkamah bagi setiap tuduhan rasuah yang mereka lakukan. Sebaliknya mereka sekadar menuduh kosong dan beranggapan tuduhan mereka itu sudah cukup untuk membuktikan segala-galanya.

Sebaliknya, rasuah dan penyalahgunaan kuasa mahupun penyalahgunaan harta kerajaan melibatkan penjawat awam banyak didedahkan dengan sebahagian daripada mereka bukan sahaja ditahan, bahkan telah didakwa dan dijatuhi hukuman berdasarkan undang-undang negara.

Ada pula jenis ketegar yang menyatakan, penjawat awam itu adalah Kerajaan!

Memang benar, penjawat awam adalah kakitangan kerajaan bagaimanapun sepertimana yang diperkatakan oleh para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sendiri, penjawat awam atau kakitangan kerajaan tidak semestinya mereka itu menyokong kerajaan, bahkan sebahagian besar daripada mereka bertindak sebagai penentang kerajaan dengan alasan, wang gaji dan upah yang mereka terima adalah wang rakyat, bukannya wang UMNO.


Berapa ramai kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat dan bertindak sebagai duri dalam daging? Berapa ramai pula penjawat awam yang bertindak sebagai agen, menyalurkan maklumat-maklumat rahsia kerajaan yang kemudiannya diputarbelitkan oleh pihak Pakatan Rakyat, sehinggakan dokumen membabitkan Bajet Tahunan pun, terpaksa dibuat dummy memandangkan wujudnya hantu-hantu Pakatan Rakyat, khususnya PKR dalam Kementerian Kewangan?

Berapa ramai pula guru-guru yang lebih banyak berpolitik, mengajarkan anak-anak murid mereka dengan politik kepartian, kemudian menjadi calon pilihanraya parti pembangkang dalam setiap pilihanraya? Dan berapa ramai pula penjawat awam yang terbabit dalam rasuah dan salahguna kuasa sehinggakan dibuang kerja, diturunkan pangkat malah pangkat yang disandang sebelum itu pun tidak dibenarkan guna, kemudiannya bertukar menjadi penyokong atau calon Pakatan Rakyat tegar sebagaimana membabitkan beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM yang terlibat dalam skandal dan penyelewengan logistik, mencuri enjin jet dan sebagainya.

Salah seorang daripada mereka sekarang ini merupakan Ahli Parlimen yang paling senyap, paling tidak mampu bersuara dan paling banyak memonteng sesi sidang.


Sungguh BANGANG apabila penyokong Pakatan Rakyat sengaja membutakan mata dan cuba membela penyokong mereka di kalangan penjawat awam yang melakukan salahguna kuasa dan rasuah selain penyelewengan sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara saban tahun dengan menyalahkan Kerajaan Malaysia dan TERLEBIH-LEBIH BANGANG lagi apabila mereka menyalahkan UMNO yang tidak kena-mengena.

Sukar untuk mereka menerima hakikat atau barangkali juga dengan sengaja mereka cuba membela rakan sejenis mereka di dalam perkhidmatan awam dengan menyalahkan kerajaan dan UMNO agar rahsia-rahsia kerajaan terus dihantar kepada para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Rafizi Ramli?

9 comments:

sesejuk mata memandang said...

Bagaimana pula pelku rasuah di dalam negeri dibawah perintah Pakatan Rakyat , Selangor Kelantan dan PP , adakah penerima rasuah itu salah kerajaan pusat dan UMNO ?

Anonymous said...

Kakitangan awam makan rm1000, pemimpin UMNO makan rm100 juta, walau dua2 jahat dan tak amanah tapi pemimpin UMNO lagi teruk, kalau siapa kerja kerajaan akan tahu permainan pemimpin UMNO paksa penjawat awam lulus kn projek2 besar secara direct nego, so bro jgn dok confident sgt

Anonymous said...

Aku doakan kan ko mampos sbb kuat fitnah....

ko ingat tuduh mcm tu boleh lepas ke...

ko dunia ko hidup susah kat akhirat besok ko kene bako dlm api neraka....

Anonymous said...

Projek kjaan semua dah pakai e-perolehan. Mana ada direct nego lagi. Kalau di swasta mungkin ada direct nego.

Anonymous said...

Kerja rasuah ni byk yg dipelopori oleh kakitangan kjaan yg sokong pembangkang. Pada mereka buat apa duit cukai di bagi kepada kjaan nanti umno akan sapu. Baik bagi ke mereka yg kuat kerja.

Fahaman ni dah di serap dlm minda bdak2 pembangkang sekurang2nya dah 20 tahun. Patut pengarah kene tegas. Sapa yg sokong atau cenderung sokong pembangkang. Di buang notis 24jam.

Anonymous said...

Anwar disingkirkan dari UMNO pun kerana rasuah seks... nak kata apa? Tubuhkan PKR ingat lebih elok tapi dia balun pungkok jantan plak...aduh!

Anonymous said...

Bagos jugak kalau dapat bongkar statistik kehadiran ahli parlimen atau wakil rakyat ke sidang. Biar rakyat dpt menilai para YB yang mereka dah undi. Kalau yang tidak hadir atas sebab urusan rasmi kerajaan (bukan parti) dikira hadir

maae said...

Rasuah dan penyeludupan / kegiatan haram ini satu isu bersama sejagat. Ia melibatkan urusan manusia-manusia pengkhianat.

Jika melibatkan kakitangan kerajaan, ia memang serius. Begitu juga dengan geraklaku pedagang haram yang berselindung di sebalik urusan perjanjian gelap, dengan mempergunakan setiap kelemahan manusia itu sendiri yang terhad. Ingat lagi duit berjuta di kumpul simpan dalam bilik khas, urusan penyeludupan disel ? Kegiatan laut dalam dan pemerdagangan manusia ?

Itu kenapa keselamatan dan pemantauan ketat amat penting di persisiran pantai termasuk pelabuhan, jalan-jalan tikus di sempadan dan pintu masuk darat serta udara mesti berfungsi penuh. Kerajaan memiliki kakitangan keselamatan penguatkuasa dalam semua jabatan berkaitan, polis dan tentera. PM boleh sahaja menggerakkan strategi bersepadu dengan logistik yang sedia cukup.

Indonesia akan mengebom penceroboh dengan kenyataan keras. Kenapa pula Malaysia tidak boleh bersifat "garang" demi kepentingan negara ?

Menuju negara berpendapatan tinggi tetapi fizikal Malaysia berlubang nanah di sana sini. Sihat ke Malaysia menempuh halangan dan menyahut cabaran ?

Anonymous said...

Doa ko ni tuhan hempok ke muka ko balik, jgn dok fanatik sgt, yg benar tetap benar, yg salah tetap salah
utk makluman ko, aku adalh pgw kanan kerajaan dan aku penyokong Umno tetapi direct nego masih ada

Aku tgk ada komen kt bwh kata dh guna e-perolehan, nampaknya korang tak keja kerajaan hehe...ko ingat projek 1 billion guna e-perolehan ke..nk berhujah jgn malukn Umno

 
Blogger Templates