Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 14, 2015

BILA MAHFUZ OMAR BUTA DAN BENAK PERUT... KETUA PENERANGAN PAS NI ELOK BUNGKUS DENGAN KAIN KAFAN DAN SIMPAN DALAM LIANG LAHAD UNTUK HAPUSKAN KEBODOHANNYA!!!


Kalau dah bebal, benak, bangang dan bongok, memang susah nak tutup dan selindungi. Walaupun cuba berlagak atau menyamar sebagai orang bijak, hakikatnya sangat sukar untuk melindungi sifat-sifat berkenaan yang sudah sebati dengan diri.

Itulah yang berlaku kepada Mahfuz Omar yang cuba sedang cuba mendapatkan perhatian daripada penjawat-penjawat awam pro-Pakatan yang cukup ramai, cukup licik, cukup berlagak dan cukup TIDAK SEDAR DIRI.

Mahfuz Omar komplen tentang tindakan yang dibuat oleh Mahkamah Tentera dua hari sudah apabila memecat Mejar Zaidi, penjawat awam yang telah membiarkan dirinya dipergunakan oleh Pakatan Rakyat yang terdesak untuk merampas kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 lalu menerusi isu dakwat kekal yang sebenarnya langsung tidak relevan memandangkan tiada seorang pun pengundi berulang berjaya dibuktikan atau ditampilkan oleh Pakatan Rakyat dalam petisyen-petisyen yang mereka buat di mahkamah.

Motif Mahfuz Omar sangat mudah. Dia sebenarnya mahu menarik perhatian dan sokongan daripada para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya yang kuat menyokong PAS dan pada masa yang sama, merupakan penjawat-penjawat awam. Sedar yang hampir kesemua penjawat awam penyokong Pakatan Rakyat tidak mempunyai kualiti otak yang baik sebaliknya bercakap menggunakan otak di buntut, Mahfuz Omar cuba memainkan isu berkenaan.

Belum pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia atau sejarah mana-mana negara dalam dunia ini apabila keputusan Mahkamah Tentera dicampurtangan oleh kerajaan atau parti-parti politik. Semua negara di dunia ini amat menghormati keputusan Mahkamah Tentera, namun tidak halnya di Malaysia apabila Pakatan Rakyat sedang berusaha menjadikan Mahkamah Tentera sebagai sebahagian daripada mahkamah awam yang boleh mereka pergunakan, perlecehkan dan hina sesuka hati terutama jikalau keputusan tidak berpihak kepada mereka.

Barangkali Mahfuz Omar terlupa atau buat-buat lupa, atau boleh jadi juga, dalam hidupnya, dia sekadar membaca Harakah dan tidak lebih dari itu kerana tahap fikirnya tidak lebih baik dari tahap fikir budak darjah empat sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.


Mengapa dia sibuk sangat dengan Mejar Zaidi? Apakah Mahfuz Omar sudah lupa bagaimana PAS telah memecat ramai ahli-ahli dan pemimpinnya sendiri dengan alasan melanggar peraturan parti? Lupakah Mahfuz kepada pemecatan Hasan Ali dari PAS hanya kerana Hasan Ali melawan Ronnie Liew dan Teresa Kok yang menyaksikan PAS memilih untuk menyenangkan hati DAP dan kemenangan arak serta pusat-pusat hiburan serta maksiat di seluruh Selangor berbanding mempertahankan kebenaran yang cuba diperjuangkan oleh Hasan Ali?

Lupakah Mahfuz Omar kepada Lutfi, pengarang Harakah sendiri yang pada minggu lepas telah dipecat tanpa perikemanusiaan hanya kerana Lutfi menulis sesuatu yang benar tetapi berlaga dengan kepentingan pemimpin PAS yang mahu terus bekerjasama dan menjadikan PAS sebagai anjing DAP?

Adakah Mahfuz Omar sudah terlupa tentang Nasharuddin Mat Isa yang dipecat dari Majlis Syura tanpa sebarang alasan kecuali kerana tekanan daripada PKR dan DAP? Sedangkan Nasharuddin Mat Isa adalah orang kepercayaan, malah menjadi orang harapan bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzhil Nor untuk mengepalai PAS selepas ketiadaannya?

Mengapa orang-orang berkenaan, tidak dibela oleh Mahfuz dan PAS? Mengapa pula urusan tentera cuba dicampurtangan sehinggakan Mahfuz secara sedar dan waras membuat fitnah kononnya Mejar Zaidi telah dipecat kerana mendedahkan perkara sebenar tentang dakwat kekal, walhal dakwat kekal langsung tidak menjadi salah satu daripada 7 pertuduhan yang dibuat ke atas Mejar Zaidi.


Daripada 7, hanya 2 pertuduhan yang masih kekal dan sekali lagi, tiada dakwat kekal di dalam kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Barangkali kerana tiada dakwat kekal itulah, Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang pemimpin PAS, yang menjadi peguam Zaidi, segera melarikan dan menghilangkan diri kerana tiada isu dan hujah yang boleh dipolitikkan.

Kebebalan dan kebengongan yang ditunjukkan oleh Mahfuz Omar sebenarnya memberikan kesan yang amat buruk kepada umat Islam di negara ini. Sudah ada yang memperolok-olokkan dan menjadkan kebodohan Mahfuz Omar sebagai cerminan kepada keseluruhan umat Islam di Malaysia yang dikatakan bodoh, sama seperti Mahfuz Omar.

Sebenarnya ramai yang sudah mula bertanya, apakah sebenarnya Mahfuz Omar telah dibayar untuk memaparkan kebodohannya agar umat Islam dilabelkan bodoh? Adakah Mahfuz Oma telah dibiayai dengan dana yang berterusan untuk dia berlakon sebagai orang bodoh, demi memastikan Islam dan umat Islam menjadi lemah selain lebih mudah diserang dan dikalahkan?

Sudah terlalu acap dan sudah menjadi resmi, setiap kali Islam dihina dan umat Islam diperlekehkan dalam media sosial, Mahfuz akan muncul, keluarkan kenyataan bangang seolah-olah untuk memberi sokongan kepada mereka yang menghina Islam dan umat Islam di media-media sosial.

6 comments:

Anonymous said...

Apa kata kuburkan saja karier Mahfuz Bean... Hidup dia dimuka bumi Allah, cuma tabur fitnah saja..

Anonymous said...

Everyone is mahfus in PAS

Anonymous said...

Mahfus ikon bongok penyokong pas

Anonymous said...

Bagitaulah pada ketuax kjaan PR ambil siBangang ini kerja dan lepas itu lantik beliau jadi calon pada PRU 14 nanti.Taik kucing lah zalim,tindakan peguam bangang ini si Hanifa Maidin MP dari PAS tidak hadirkan diri pada hari terakhir perbicaraan,nak panggil apa?.Tahu tak di dalam Tentera kalau membocorkan maklumat dianggap pengkhianat dan mengikut AKTA 72 kalau didapati bersalah terutama dalam active service hukumannya Death by Firing Squad.

Anonymous said...

Kebodohan mahfus ini melambangkan kebodohan pengundi pokok sena.

Anonymous said...

Apabila pemimpin Islam bodoh
Rakyat khususnya umat Islam akan diperbodohkan
Lihat sekeliling apa terjadi kpd umat Islam di dunia.....di Malaysia golongan dajjal tlh mula melolong mempersoalkan ISLAM.

 
Blogger Templates