Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 24, 2015

DAH MULA NAMPAK AGENDA SIAPA BILA MEDIA CETAK ARUS PERDANA DAN PORTAL PRO-PEMBANGKANG MASUK CAMPUR PERLAGAAN DAIM-NAJIB-MAHATHIR!!!

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris arus perdana akan menyiarkan artikel yang mengisahkan tentang pertembungan, perebutan dan konflik dalaman UMNO melibatkan kepimpinan Najib dengan bekas-bekas pemimpin UMNO.

Isu ini sebenarnya tidaklah sebesar mana pun. Ia bermula daripada teguran tetapi kemudian dihangatkan dan digembar-gemburkan sebagai gerakan penggulingan kuasa Najib Abdul Razak oleh pelbagai elemen luar yang cuba mengambil kesempatan.

Daripada tidak ada apa-apa, sekarang ia sudah digambarkan sebagai satu isu mega yang boleh meruntuhkan Kerajaan Najib Abdul Razak. Daripada teguran seorang lelaki tua ke atas beberapa polisi kerajaan yang dilihatnya bukan sahaja tidak popular bahkan boleh menghumbankan prestasi kerajaan Najib jauh lebih teruk berbanding tahun 2013, ia telah ditukarkan menjadi gerakan menjahanamkan Najib!

Dan kini, konflik berkenaan yang sudah reda, kembali cuba dihangatkan oleh media bercetak yang diketahui sangat pro-Lim Guan Eng walaupun dimiliki oleh MCA serta beberapa portal yang sudah diketahui bukan sahaja pro bahkan dibiayai oleh DAP-PKR atau pun Zionis-Soros.

Setelah 'mengenakan' Daim Zainuddin, Zainuddin Maidin, Sanusi Junid dan Musa Hitam, kini seorang lagi bekas pemimpin UMNO, Syed Hamid Albar pula dibawa masuk dalam gelanggang yang sama untuk menampilkan persepsi bahawa golongan lama UMNO terutama UMNO selepas 1988, menentang dan tidak menyukai apa-apa sahaja program yang dibuat oleh Najib Abdul Razak.

Menariknya, teguran atau diterjemahkan oleh puak pengapi sebagai 'KRITIKAN' atau 'SERANGAN' Mahathir ke atas Najib adalah membabitkan polisi populis seperti BR1M atau membabitkan isu 1MDB yang samar-samar, sudah pun dijelaskan dan Mahathir sendiri pun tidak lagi banyak merungut tetapi puak-puak berkenaan masih seronok untuk melaga-lagakan kepimpinan negara.

Isu ini sebenarnya berjaya menenggelamkan isu yang jauh lebih besar kepada Guan Eng, PAS-DAP mahupun PKR yang sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan apabila Azmin Ali sudah mula menggerakkan laluan untuk mengenepikan keluarga Anwar Ibrahim menerusi publisitinya selaku Menteri Besar PKR yang lebih prihatin dan lebih nasional.

Juga pada masa yang sama, menenggelamkan langsung isu keengganan serta usaha memboikot perniagaan atau lebih tepat lagi HARTAL sepertimana yang dilakukan oleh para penyokong komunis pada zaman darurat ketika negara sedang dalam pra-merdeka apabila PKM marah setelah British enggan menyerahkan Persekutuan Tanah Melayu kepada mereka untuk dijajah walaupun British memberikan bantuan kewangan, latihan, senjata mahupun maklumat perisikan dan logistik untuk mereka menentang tentera-tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Isu harga barang agak kurang mendapat perhatian kerana DAP tidak mahu kaum yang menjadi pendana utama bahkan penyokong kuat mereka marah kerana tidak boleh mengaut keuntungan biarpun pada masa yang sama, mereka juga yang menggunakan isu harga minyak untuk meraih populariti.

Taktik mencari sensasi untuk menghilangkan isu-isu sebenar, seringkali dihidangkan kepada rakyat Malaysia. Pengherotan tumpuan, pengalihan isu dan penggunakan psikologi yang diterbalikkan, menjadi seni yang dapat kita saksikan secara jelas di dalam isu kali ini.

Kita dapat perhatikan bagaimana kelemahan para penyokong dan pendukung UMNO-BN sendiri apabila mereka terlalu mudah diperdayakan oleh DAP... HANYA DAP!!!

Antara sensasi 'perebutan' antara Daim-Najib-Mahathir, dengan sensasi Betty Chew, Tan Kok Ping-Lim Guan Eng, Anthony Loke-Hadi Awang, mahupun Azmin Ali-Faekah Hussin, nampaknya isu yang lebih menarik untuk diperkatakan sehinggakan banyak modal yang terpaksa dikeluarkan bagi menyerang sesama sendiri adalah isu yang membabitkan persekitaran dan dalam kain UMNO!

Senang kan untuk alihkan isu?

Senang jugakan untuk mengalihkan perhatian ahli-ahli UMNO?

Tetapi sesuatu yang sangat pasti, UMNO itu sendiri adalah sensasi dan DAP yang sebelum ini mendabik dada kononnya Lim Guan Eng dan barisan CCC yang dipilih secara 'haram' sehingga menyebabkan DAP hampir diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan, terlalu takut sehingga perlu melaga-lagakan kepimpinan UMNO bagi memastikan DINASTI LIM & CO tidak disentuh atau mendapat perhatian biarpun Betty Chew pada masa yang sama, cuba mencari perhatian dengan kemewahan yang tiba-tiba sahaja muncul selepas 7 tahun suaminya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang!

Kerjasama yang turut melibatkan MEDIA CETAK ARUS PERDANA dan portal-portal pro-Pakatan serta 'diserikan' lagi oleh tukang batu api, cukup menarik untuk kita melihat betapa kalutnya sekarang Lim Guan Eng dan konco-konconya!

2 comments:

Anonymous said...

Dajjal Alliance People

Anonymous said...

Utusan sekarang ini hambar tidak seperti dulu...blogger jadi alternatif terbaik.....

 
Blogger Templates