Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 26, 2015

DAH TERANG-TERANG TERKANTOI PUN, ANTHONY LOKE MASIH MACAM BABI DUK TERSONDOL-SONDOL BUAT PENAFIAN!!!


PETALING JAYA: DAP menafikan status ditulis seorang pengguna Facebook yang mendakwa pemimpin tertinggi parti itu memberi gelaran kurang sopan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, kenyataan tersebut boleh dianggap sebagai fitnah untuk melaga-lagakan pemimpin Pas dan DAP, lapor Sinar Harian.

“Itu semua mengarut, tidak ada perkara sedemikian. Sudah terlalu banyak fitnah seperti ini,” katanya, semalam.

Dalam status yang dikirim pengguna Facebook tersebut kelmarin, dia mendakwa bahawa Abdul Hadi kecewa dengan sikap DAP yang memberi nama panggilan tidak elok kepadanya.

Status itu juga menyebut bahawa Abdul Hadi mengetahui mengenai gelaran tidak elok itu melalui kiriman WhatsApp daripada seorang ahli DAP yang simpati terhadap beliau.

Melalui maklumat pada akaun Facebook itu, penulis status tersebut dipercayai seorang peguam.

Bagaimanapun, Loke berkata, DAP setakat ini tidak akan mengambil tindakan terhadap pengguna akaun tersebut.

“Tidak perlu buang masa untuk mereka,” katanya ringkas. (SUMBER)


............ Lim Kit Siang yang pernah terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969, segera menggunakan peluang untuk untuk memperemeh-remeh serta memperkecil-kecilkan tragedi berdarah tersebut.
Katanya, 13 Mei tidak boleh dijadikan sebagai hantu atau puaka untuk menakut-nakutkan masyarakat di Malaysia. Bahkan katanya juga, tragedi tersebut sepatutnya dilupakan dan rakyat Malaysia bersatu padu membina negara yang lebih harmoni dan lebih aman.

Itu kata Lim Kit Siang yang sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada waris-waris mangsa keganasan berdarah pada 13 Mei 1969 sama ada mereka berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani.

Para penyokong DAP juga menyifatkan hujah Hadi Awang sebagai ketinggalan zaman. Hadi Awang dilabelkan sebagai anjing tua yang berada dalam sangkar yang masih terkongkong dengan kenangan silam.

13 Mei merupakan sesuatu yang amat taboo di kalangan penyokong-penyokong DAP. Mereka telah mencuba segala-galanya untuk mengherotkan fakta tragedi tersebut. Daripada menyalahkan kepimpinan UMNO pada waktu itu, sehinggalah cuba menafikan pembabitan DAP dan Lim Kit Siang walaupun mereka tidak mampu menolak bukti bahawa yang terlibat mencetuskan pertumpahan darah dan persengketaan kaum pada tahun 1969 itu adalah DAP dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuklah Parti Komunis Malaya dan Parti Buruh serta Parti Rakyat yang sememangnya pro Sosialis dan komunis. (SUMBER)

3 comments:

Anonymous said...

tak perlu fikir panjang..ikut gerak hati..

Ada ka DAP akan sokong PAS sampai bila2 jika PAS mahukan Islam?

DAP cuma mahu PAS mengurangkan sifat ISLAM dari PAS..itu SHJ.

PAS juga bukanlah bodo sangat, cuma Mujahid Rawa shj yg rela jadi bodo (walau hati tak ikhlas)

Kalau betul2 mau cakap la..

Benda ni tak mungkin berakhir dengan mudah.

Anonymous said...

Apa bodoh sgt. Dap cuma nak undi dari melayu pas untuk dpt kuasa. Dulu memang jelas tanpa undi melayu pas parti dap ni tak kemana pun.

Anonymous said...

waris waris kepada mangsa yang terlibat dengan keganasan trajedi 13 mei di sarankan ambil tindakan undang2 tuntut pampasan kepada siapa yang mencetuskan trajedi tersebut.

 
Blogger Templates