Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 14, 2015

DAP UBAH TAKTIK UNTUK PIKAT MELAYU DAN PERKECILKAN NAJIB ABDUL RAZAK... DULU TUN RAZAK PEMBUNUH, SEKARANG TOKOH MODERAT DAN SEDERHANA!!!


Bagi mereka yang buta dan langsung tidak berminat dengan sejarah, atau sekadar percaya dengan fakta-fakta sejarah yang dihidangkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat, kononnya itu adalah sejarah sebenar yang tidak diherotkan dan digunakan untuk melindungi dosa-dosa silam, khususnya DAP, pastinya mereka tidak akan percaya apabila dikatakan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein pernah dilabelkan oleh DAP terutama menerusi tulisan Kua Kia Soong yang merupakan tenaga pengajar penting di New Era College milik DAP, adalah seorang pembunuh, perampas kuasa dan penyebab kepada perpecahan kaum di Malaysia, khususnya di kalangan orang Melayu dan Cina.

Anda boleh membaca tulisan Kua Kia Soong dan tuduhannya ke atas Allahyarham Tun Abdul Razak menerusi buku kontroversinya yang telah memutarkan banyak fakta penting iaitu May 13 : declassified documents on the Malaysian riots of 1969 :Suaram Komunikasi, c2007.

Sebagai ahli DAP dan pernah menjadi Ahli Parlimen mewakili DAP dari tahun 1990 sehingga 1995 di Petaling Jaya, Kua Kia Soong cuba menafikan peranan penting DAP dan Lim Kit Siang khususnya dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang kemudian tidak lama selepas itu menyaksikan perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perlantikan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang kemudian memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru untuk mengurangkan jurang perbezaan penguasaan ekonomi yang sangat melebar antara kaum Cina dan Melayu selain penguasaan ekuiti yang hampir 100% dimiliki oleh orang Cina di negara ini, menyebabkan Tun Abdul Razak dihujani dengan pelbagai fitnah.

Yang paling ketara ialah apabila di dalam buku berkenaan, dikatakan Tun Abdul Razak telah menggunakan kudeta politik untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dan Tragedi 13 Mei 1969 sengaja dirancang kerana perbalahan dan perebutan kuasa yang berlaku di dalam UMNO.

Anehnya, peranan DAP yang mengapi-apikan perkauman selain tentangan mereka secara terang-terangan ke atas Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang memartabatkan kedudukan istimewa Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan adat-istiadat Melayu, langsung tidak disentuh yang menjadi punca selain campurtangan dan elemen Parti Komunis Malaya dan Parti Buruh. Malahan dalam tempoh 21 hari berkempen sebelum pembuangan undi pada 10 Mei 1969 juga tidak digambarkan secara saksama apabila MCA, GERAKAN (pada waktu itu masih parti pembangkang) seperti diketuai oleh DAP untuk mengungkit-ungkit kononnya Malaysia wujud kerana sumbangan masyarakat Cina.

Kini setelah generasi baru telah dibohongi dengan fakta-fakta mengarut oleh DAP dan machinery mereka seperti Kua Kia Soong, satu lagi pembohongan dan putar belit cuba dilakukan. Daripada membuat tuduhan dan meletakkan Tun Abdul Razak sebagai satu ikon yang melakukan jenayah di negara ini, kini DAP cuba menggambarkan Tun Abdul Razak sebagai ikon moderat dan sederhana.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk memperkecil dan meremeh-remehkan anaknya yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kebencian yang keterlaluan, ditukarkan menjadi 'kasih sayang' sebagaimana yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew ke atas masyarakat Melayu pada tahun 1964 sebelum perkampungan-perkampungan mereka dimusnahkan dan satu pergaduhan kaum besar-besaran berlaku di Singapura yang akhirnya menyaksikan Melayu-Bumiputera menjadi rakyat kelas ketiga di Singapura. Malahan sejarah sebenar Singapura pula telah dilencongkan dengan peranan kerajaan-kerajaan Melayu purba di negara pulau tersebut telah ditiadakan dan digantikan dengan sejarah Stamford Raffles dan James Farquhar.

Taktik yang telah berjaya dibuat oleh Lee Kuan Yew, kini cuba diulangi oleh DAP. Pastinya ada Melayu-Melayu bangang yang tidak pernah belajar dari sejarah dan sentiasa beranggapan bahawa apa-apa sahaja yang mereka dengar sebelum penghijrahan besar-besaran kaum imigran dari Tanah Besar China dan India pada tahun 1931, adalah satu penipuan semata-mata, sebaliknya sejarah yang benar adalah yang dicatatkan oleh puak yang cuba menghilangkan sejarah kehadiran mereka di negara ini.

Ia samalah seperti seorang pengkomen di blog ini yang bersungguh-sungguh mahu menyatakan bahawa negara ini asalnya adalah milik Kerajaan Siam walaupun dia sendiri tidak tahu Siam yang mana satu, sama ada Ayuthia, Sukhotai atau Siam-Islam yang merupakan sebahagian atau serpihan daripada Kerajaan Langkasuka, Kembayat Negara, Chermin dan sebagainya yang telah wujud ratusan kalau tidak pun ribuan tahun sebelum kewujudan bangsa Sukhotai yang menguasai negara Thailand sekarang.



8 comments:

Anonymous said...

Bagus untuk diperingatkan.

Jangan sekali-kali lupa, bodohlah kalau terpedaya dengan muslihat puak-puak tu.

Keikhlasan tiada sama sekali.

Inilah juga yang jadi tunggak hubungan DAP dengan PAS.

Pakatan yang saling menipu satu sama lain.

hangkedee said...

Tidur sebantal mimpi lain lain

Anonymous said...

Melayu perlu bersatu di bawah UMNO supaya terpelihara di negara sendiri.

Unknown said...

Kerajaan kena lah serius dgn puak2 ni yg mengancam ketenteraman awam dan keharmonian negara. Nampak mcm ada aje tanda2 nak menghasut walaupun 5%, kenalah ambil tindakan. Jgn biar aje sehingga jadi virus yg tak boleh diubati. Cth terbaik dalm kes Paulsen. Tindakan PDRM wajar dipuji. Kita nak lihat PDRM dan AG serius dlm menangani anasir2 yg ingin menjahanamkan negara kita.

Anonymous said...

mungkin ada kempen anti mamak.

kerana, selain dari syed arab, pakistan, bangla dll, mamak juga merupakan umno sekarang.

nurul izah pun keturunan mamak+ cina
yg dah jadi melayu..

Anonymous said...

Agenda mhapuskan sejarah yg sememangnye malaysia ini tanah melayu.selagi melayu tidak sedar yg sememagnye kaum ini tidak ikhlas untuk mjadi rakyat malaysia yg btutur bhasa melayu dan bkiblat sgalanye ke tanah asal datuk nenek mreka maka melayu akan rugi.

maae said...

Kerajaan sebenar nya tidak boleh lemah dalam menangani perkara-perkara utama yang melibatkan kecelaruan rakyat.

Persepsi boleh sahaja di bina dari asas penipuan seperti Kua lakukan. Realiti boleh sahaja di nafikan dengan menyelewengkan sedikit fakta. Ini lah cara dan mainan bijak cara zionis meraih sokongan menjadi contoh nyata kepada cina di sini. Jika tiada sasaran, mahukah mereka bertindak bersungguh-sungguh ? Di China dan Singapura cara mereka menangani biasa sahaja kasar dan tegas.

Dulu Pemimpin-Pemimpin Melayu itu berkarisma dan tegas. Sekarang ? Kenapa menjadi kurang defensif dan lemah ?

azid barja said...

Remember Tun Razak, meh la gi tengok Tanda Putra. Big screen no?

 
Blogger Templates