Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 26, 2015

ISTERI LIM LIP ENG MERAYU-RAYU SUPAYA SUAMINYA TIDAK DIMALUKAN DENGAN PENYITAAN PEJABAT KERANA ENGGAN BAYAR HUTANG!!!


Lokasi : Taman City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media PMSP mengenai penyitaan pejabat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng

Tarikh : 22/1/2015

Kes saman fitnah oleh MP Segambut, Lim Lip Eng keatas bekas ahli DAP Serdang Baru, Yap Kwan Meng telah memihak kepada Yap Kwan Meng. Pihak mahkamah telah memerintahkan Lim Lip Eng membayar RM27,000 beserta kos mahkamah sebanyak RM500.

Yap Kwan Meng terpaksa mengambil tindakan menyita pejabat MP Segambut setelah beliau enggan membayar walaupun setelah lapan bulan penghakiman mahkamah dibuat.

Firma guaman Lim Lip Eng adalah panel peguam MPSJ. Perbalahan antara Lim Lip Eng dan Yap Kwan Meng bermula apabila Yap mempersoalkan jumlah yuran RM55,000 yang dikenakan keatas MPSJ bagi melawan saman yang di failkan keatas MPSJ oleh sebuah premis perniagaan. MPSJ sebenarnya telah melantik sebuah firma lain yang telah meletakkan jumlah yuran sebanyak RM15,000 bagi mewakili MPSJ.


Lim Lip Eng telah menggunakan pengaruh dan networking DAP dalam MPSJ untuk 'merampas' kes tersebut dari firma yang telah dilantik terdahulu itu. Oleh kerana Yap Kwan Meng telah membuat 'bising', MPSJ telah menyemak semula kes tersebut dan hanya membuat pembayaran sebanyak RM15,000 kepada Lim Lip Eng kerana itu lah jumlah yang wajar dibayar mengikut skala yuran guaman.

Bagi menutup malu Lim Lip Eng telah menyaman Yap Kwan Meng, tetapi keputusan mahkamah telah memihak kepada Yap Kwan Meng seperti disebut diperenggan pertama.

Sebagaimana yang telah diberitahu kepada saya, ADUN Teratai (DAP) adalah pengerusi jawatankuasa yang melantik panel peguam dalam MPSJ.

Ikuti kenyataan media oleh Sdr Ramesh Rao untuk mengetahui apa yang telah terjadi dan bagaimana isteri Lim Lip Eng 'minta nyawa' untuk menutup aib hampir disita.



1 comment:

kung kalikung said...

Penulisan yang baik. Tuan yang budiman, mohon pautkan blog baru saya ke dalam blog tuan.

http://kungkalikung2015.blogspot.com/

 
Blogger Templates