Sebab itulah, mereka benci sangat dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan PDRM khususnya polis hutan dan Cawangan Khas kerana inilah barisan paling ke hadapan yang telah menggagalkan kerja-kerja subversif mereka.
M.O pembohongan PKM kini diteruskan oleh DAP walaupun DAP berkeras, mereka tidak menyokong PKM.
MACAI Encik Rumah Putih Perak, Chong Zhemin mengutuk Kerajaan BN Perak kerana menolak derma RM100,000 dari Selangor. Katanya, BN Perak tidak berhati perut, tidak bertanggungjawab, sombong dan bersikap kebudak-budakan. (DI SINI)
Chong turut mencerca Kerajaan BN Perak dan menasihatkan agar tidak bertindak bermain politik ketika Malaysia sedang berhadapan dengan banjir paling teruk dan sejarah dan segera menerima derma RM100,000 itu.
ADUN Teja PKR Chang Lih Kang juga tidak kurang bodoh dan bebalnya apabila menyatakan, "Saya berasa amat kecewa dan kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Perak." (DI SINI)
Bagaimanapun, kedua-dua mereka ternyata pembohong besar apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengesahkan yang Kerajaan Negeri Perak sudah pun menerima derma RM100,000 awal minggu ini di pejabat Menteri Besar Perak dengan resit penerimaan. (DI SINI)
Chang Lih Kang kemudiannya membuat permohonan maaf dengan menyatakan, "saya dengan ini meminta maaf kepada MB Perak Zambry dan menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap beliau. Saya berasa amat kesal dengan kesilapan fakta ini." (DI SINI)
Chong Zhemin bagaimanapun enggan memohon maaf. Tuduhan melulu yang dilakukannya, semestinya memerlukan Chong Zhemin memohon maaf selain perlu disiarkan oleh Malaysiakini memandangkan tuduhan asalnya menjadi tajuk berita Malaysiakini. (DI SINI)
Zambry Abdul Kadir sudah pun memberikan reaksi marahnya terhadap Chong dan Chang.
"Ini jenis ahli politik yang bankrap, dalam kepala mereka terlalu banyak politik, apa sahaja hendak dipolitikan. Rakyat sedang susah, menderita, mereka tuduh say sombong, tidak ada perasaan tetapi sudah dua minggu kami berulang-alik dari Hulu Perak sehingga ke Hilir Perak untuk meninjau keadaan banjir dan melihat masalah rakyat."
Sepatutnya Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir tidak perlu bercakap banyak. Chong Zhemin dan Chang Lih Kang sepatutnya dilayan dengan saman ratusan juta ringgit sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin DAP apabila mereka terkantoi dan terdedah. Setakat cakap-cakap macam yang Zambry buat dan kemudian menerima permohonan maaf daripada Chang Lih Kang, tidak akan mengubah keadaan sebaliknya mereka akan bertambah ingsang kerana mereka tahu, setiap kali mereka memohon maaf, setiap kali itulah juga kejahatan mereka dilupakan.
5 comments:
Setuju 200%. Dr.Zambry mesti saman. Hasil saman tu nanti boleh dijadikan bantuan kepada mangsa banjir.
Senang ja kan..mohon maag atas kesilapan fakta..kalau anuar brahim..sah..kena saman dah
Ni semua bangsa+ 2 yang tau mengenang budi...semua sejarah nk diubahnya...demi kelangsungan hidup....yang bangganya ada plak talibarut melayu bangang yg join sama....tgk jika negara diserang ada bangsa+2 ni berada di barisan hadapan?? Jangan la diharap...bangsa+2 ni dah lama bersatu...melayu?? Dalam hati dah keras dah susah nak di tarbiyah
Ekonomi dah meleset sekarang, kalau Malaysia nak pinjam kena balik kpd Negeri China. Tak ada jalan lain. Sendiri dah teruk berasuah, macam mana orang lain nak hormat.
Anjing kurap detected..
Sila jauhi kerana kurapnye tiada ubat..
Kementrian kesihatan masih lg tercari2 formula trbaik bg mengatasi kekurapan anjing2 tersebut..
Sekian.harap maklum..
Post a Comment