Penggunaan media sosial khususnya Facebook seperti tidak terbendung atau langsung tidak mampu membuka mata pihak berkuasa atau barangkali juga menimbulkan tanggapan kepada pihak berkuasa bahawa ini adalah masalah kecil yang tidak mendatangkan kemudaratan besar serta akan hilang begitu sahaja.
Peristiwa pembunuhan 12 orang kartunis dan seorang anggota polis di Perancis yang dikaitkan dengan karikatur serta komikal yang menghina Nabi Muhammad s.a.w, telah menggemparkan dunia.
Sebarang berita jenayah membabitkan golongan taksub dan ekstrimis akan segera ditanggapi sebagai ajaran Islam manakala pembunuhan dan jenayah yang dilakukan oleh penganut agama lain pula ke atas umat Islam sebagaimana yang berlaku di Burma, Denmark, Perancis, Jerman dan sebagainya tidak ditanggapi sebagai ajaran agama yang dianuti oleh individu atau pertubuhan yang melakukan jenayah berkenaan.
Kelemahan dan pecah belah di kalangan umat Islam yang didoktrinkan dengan fahaman atau sistem DEMOKRASI telah digunakan sepenuhnya oleh pelbagai pihak untuk terus menekan dan memerangi umat Islam sama ada menerusi senjata atau tidak. Umat Islam terus diprovokasi dan kemudian dipersalahkan kerana memberikan reaksi negatif selepas provokasi.
Dewasa ini, umat Islam diancam dengan penggunaan media sosial yang amat mereka gemari dan cintai iaitu FACEBOOK. Dilekakan oleh FACEBOOK, umat Islam kemudiannya dihidangkan dengan laman-laman yang menghina dan menjadikan provokasi sebagai objektif utama.
Itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa berkecamuknya pengurusan dan kepekaan umat Islam, baik daripada agensi yang diberikan kuasa oleh kerajaan mahupun persendirian.
Anda sendiri bagaimana? Cukupkah sekadar memekak tentang siapa lebih Islam dan siapa yang berlagak macam Islam tetapi sebenarnya tidak?
6 comments:
Tak tahu nak cakap apa lagi dah..kecewa sangat dengan sikap orang2 melayu yg katanya Islam kat Malaysia ni.Baik(takut?) tak bertempat.Satu contoh yg menyakitkan hati,dalam satu group dalam FB ada posting menghina azan,tapi bila baca komen2 yg ada..kecewa sungguh..bila kita cuba nak menegur kita dituduh tak solat sebab tu mudah panas katanya.Cuba lah sesiapa tengok dalam group JOM BELAJAR AL QURAN DAN SEMBAHYANG
aik.....sumpah aku haritu dah report .....facebook siap bagi alert kat aku yang page celake ni dah close.....kalau tak silap ni page baru atau diorang tukar page lame.....tapi takpe....dah report sebelum ni ....kali ni mesti report lagi....
Kalau kena BUNUH jgn salahkan Islam..
Salahkan diri sendiri.
Bersikap seperti BABI TONYOK tidak menyebabkan anda di pandang Mulia.
Selagi x viral la.....
Mana pergi PEJUANG ISLAM ????
MASIH DIULIT MIMPI DI SIANG HARI LAGI KE ???
BANGUN .. BANGUN .. BANGUN ..
TIDOR LAGI ..ZZZZzzzzzz !!!
Awak la termasuk pejuang tu. Yg lain tidur, awakpun lena kot...
Post a Comment