Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, January 11, 2015

KESIAN AZMIN ALI, SETPOLNYA BANGANG KETERLALUAN SAMPAI TAK DAPAT BEZAKAN ANTARA MENANGIS DAN KETAWA!!!


Shuhaimi Shafie sebenarnya mahu menunjukkan yang Azmin Ali adalah seorang pemimpin yang sangat prihatin dengan rakyat. Selepas mempromosikan petugas-petugas dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang sebenarnya cukup gagal bertugas menyelenggara di kawasan sendiri, Azmin Ali sendiri mengulangi drama terjun longkang dan arahan sampah dengan tempoh tarikh akhir yang kemudiannya ternyata hanyalah retorik semata-mata.

Gambar sekeping ini, telah digunakan untuk menunjukkan betapa sayang dan terharunya rakyat marhein yang dibantu oleh Azmin Ali. Gambar nan sekeping ini juga cuba membuktikan bahawa Azmin Ali adalah Pemimpin Rakyat, dogma dan doktrin U-tophia yang sering kita ketemukan dalam cerita-cerita dongeng.

Hakikatnya, setakat untuk bergambar dan menjadikan gambar tersebut sebagai medium untuk membesar-besarkan diri, bukannya perkara baru. Baik para pemimpin Barisan Nasional, apatah lagi Pakatan Rakyat, seringkali bidang promosi seperti ini digunakan secara meluas, walaupun selepas gambar dirakamkan, para pemimpin berkenaan akan terus berlalu dan tidak lagi peduli dengan rakyat walaupun ada rakyat yang melalak di hujung ibu jari kaki mereka.

Mungkin ramai penyokong yang menatap gambar ini kembang-kempis hidungnya. Mungkin ada yang menjadikannya sebagai modal untuk membandingkan 'kebaikan' antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Namun secara menyeluruh, bantuan seperti ini sebenarnya tidak perlu. Lakonan-lakonan prihatin seperti ini tidak lebih daripada sekadar satu retorik yang langsung tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Belum ada lagi satu idea pun daripada para pemimpin Pakatan Rakyat untuk memajukan dan membangunkan kawasan yang teruk dilanda banjir selain daripada menyalak dan berkokok agar Kerajaan Persekutuan menyalurkan lebih bantuan dan peruntukan kepada mereka. Sama seperti idea mereka untuk memajukan negara adalah dengan mengeringkan kantung KWSP, Tabung Haji, Petronas, semua GLC dan mengurangkan cukai selain membanteras tol, walaupun apa yang mereka amalkan adalah menaikkan kadar premium dan cukai tanah, bahkan ditingkatkan pula cukai atau bayaran meletak kenderaan.

Adakah rakyat Malaysia terlalu bodoh sehingga terfana, terpaku dan takjub dengan lakonan seperti yang ditunjukkan oleh Azmin Ali dengan bantuan publisiti yang dibuat oleh Shuhaimi Shafie?

Barangkali jugalah kut, sebab ramai sangat yang tengah memuji Azmin Ali sekarang ini....


2 comments:

Anonymous said...

Tapi kalu dibandingkan dgn Noh Omar Udang Karang, memang Azmin lagi mendahului..makin mampus la Umno selangor kalu Azmin mcm ni..

Anonymous said...

ye ke....

 
Blogger Templates