Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 10, 2015

MEH KITA CUBA BERALIH KE PASAR TANI UNTUK AJAR PEMBORONG YANG CUKUP PANDAI BAGI ALASAN BAGI KENAIKAN HARGA BARANG!!!


Ketika pelancaran PASAR TANI KHAS PASCA BAJIR di Pasar Tani Lurah Semantah di Temerloh dua hari sudah, Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Asas Tani telah mengumumkan sesuatu yang pastinya dapat membantu para peniaga berkenaan, terutama sekali peniaga-peniaga pasar tani yang terlibat dalam banjir baru-baru ini.

Menurutnya, mereka boleh memohon pinjaman khas berjumlah RM10,000 untuk memulakan kembali perniagaan mereka. Pinjaman tersebut akan diberikan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan semua permohnan akan diproses secara 'laluan khas' untuk mempercepatkan kelulusan.


Selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut memberi bantuan sebanyak RM1,000 dalam bentuk pakaian, khemah dan meja perniagaan kepada para peniaga pasar tani untuk meringankan beban mereka.

Sehingga kini, sebanyak 38 pasar tani tidak beroperasi akibat banjir. Jumlah kerugian belum dapat dipastikan kerana masih ada kawasan banjir yang belum pulih sepenuhnya.

Menurut Ismail Sabri lagi, pasar tani khas pasca banjir itu merupakan inisiatif Kementerian untuk memantu rakyat di kawasan terlibat banjir dengan mendapatkan barangan makanan pada harga 18 sehingga 60 peratus lebih murah berbanding pasar biasa.


"Ini adalah kerana barangan itu dijual secara terus oleh agensi di bawah Kementerian. Sebagai contoh, jualan sayur dikendalikan oleh FAMA, ikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), ayam dan telur oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)," Ismail Sabri dipetik sebagai berkata.

Menurutnya lagi, had belian ke atas barangan juga dihadkan kepada 3 kilogram untuk ikan dan sayur selain satu sarang telur untuk seorang pembeli bagi mengelakkan barangan itu dibeli oleh pemborong.

Pasar Tani Khas Pasca Banjir akan dibuka di 51 Kawasan di 20 Daerah di negeri terjejas seperti Kelantan, Terengganu serta Pahang dan akan beroperasi sehingga harga barang di kawasan terjejas banjir kembali stabil.

Para peniaga lain yang berminat untuk menyertai Pasar Tani Khas ini atas dasar tanggungjawab, tertakluk kepada syarat SANGGUP MEMBERIKAN DISKAUN ATAS BARANGAN DIJUAL.

Memandangkan sekarang ini musim harga sayur dan ikan yang melambung dengan alasan, BANJIR di KELANTAN, mungkin sudah elok untuk kita mula beralih dari pasar konvensional kepada PASAR TANI. Daripada kita mengayakan ORANG TENGAH dan PEMBORONG, lebih baik kita tolong PELADANG, PETANI dan NELAYAN secara terus menerusi PASAR TANI!!!

SENARAI PASAR TANI DI SELURUH NEGARA BOLEH DIRUJUK DI SINI

No comments:

 
Blogger Templates