Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, January 25, 2015

MENGIRA KETEBALAN KULIT MUKA PHAHROLRAZI ZAWAWI, PRESIDEN PASMA!!!


Sehingga ke hari ini, Yang Dipertua PAS Kuala Kedah yang bermusuh dengan Timbalannya (atau bekas timbalannya?), dan sekarang ini cukup terkenal kerana menjadi sebuah Presiden sebuah parti di dalam parti bergelar PASMA, masih enggan melepaskan jawatan dan keahliannya dalam PAS.

Biarpun sudah dikenen berulang-ulang kali oleh Presiden PAS sendiri, namun Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor yang bersekutu kuat dengan Nasir Mustafa, ADUN PAS bagi DUN Kubang Rotan yang sama-sama membenci Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah (RUJUK DI SINI) tetap buat muka selamba dan mahu terus berada di dalam PAS.

Phahrolrazi Zawawi bersama konco-konconya telah bertemu Lim Guan Eng baru-baru ini di Komtar bagi membincangkan suatu bentuk kerjasama antara DAP-PKR dengan PASMA seandainya PAS ditendang keluar atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Ia bukan pakatan rahsia lagi. Malah apabila Anthony Loke memarahi Hadi Awang kerana isu Pilihanraya Perbandaran yang disifatkan oleh Hadi Awang sebagai cubaan mewujudkan semula krisis perkauman terbesar selepas 1969, semakin jelas ke mana hala tuju Phahrolrazi dan PASMA.

Dalam banyak hal, apabila melibatkan konflik antara DAP dengan PAS, PASMA dan Phahrolrazi Zawawi akan berpihak kepada Lim Guan Eng dan DAP. Malah Phahrolrazi juga melebih-lebihkan Anwar Ibrahim berbanding Hadi Awang, mahupun Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang terlantar keuzuran.

Sudah ada desakan dari dalam PAS sendiri agar sesiapa sahaja yang terlibat dengan PASMA, disingkirkan dari parti itu. Namun kepimpinan utama PAS juga sedar, seandainya langkah tersebut diambil, maka PAS akan menjadi parti tercorot memandangkan hampir tiga suku daripada populasinya dalam DUN dan Parlimen akan bertukar menjadi DAP walaupun wujud mereka sekadar Biro Islam dalam parti chauvinist yang dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim?

Apatah lagi kenyataan Phahrolrazi sendiri bahawa PASMA akan bergerak sebagai sebuah parti politik yang akan bersama-sama DAP sekiranya PAS memilih untuk keluar dari Pakatan Rakyat, sudah cukup untuk membuatkan kita mengukur setebal manakah kulit muka Phahrolrazi yang masih tidak juga keluar dari PAS di mana dia mempunyai jawatan sekarang. (RUJUK SINI)


2 comments:

Anonymous said...

PASMA harapan baru LGE untuk masa hadapan.

Anonymous said...

Memang Melayu sendiri rosakkan bangsa sendiri. Orang lain yang untung dan tepuk tangan. Yang lagi teruk bila berselindung di sebalik agama..

 
Blogger Templates