Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 21, 2015

NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA!!! GILA APAKAH MEREKA INI? SERONOK SANGAT KE MENJENAKAKAN HIDUP DAN MATI ORANG?



Tidak dapat dipastikan, apakah grafik WhatsApp yang tertera nama seorang pemimpin PAS Kedah yang sekarang ini menjadi Presiden 'parti di dalam parti PAS' benar-benar yang tulen atau sebaliknya. Namun kalau ditanyakan pun, pastinya jawapan standard yang akan diperolehi iaitu telefon kena hack!

Bagaimanapun, melihat dan membaca ayat-ayat yang tertera dalam grafik WhatsApp tersebut sudah cukup untuk kita yang waras ini menyatakan bahawa ia adalah SATU KEGILAAN LUAR BIASA yang sudah melanda masyarakat politik di negara ini.

Tak kiralah apa pun yang dijadikan alasannya, yang sahih ia memang gila kerana seronok melihat penderitaan orang lain semata-mata kerana kepuasan mereka.

Atau boleh jadi juga kerana keprihatinan melampau atau terlalu ingin menjadi news-breaker yang mengecopmohor kononnya mereka sangat rapat, menjadikan berita-berita seperti ini sedang berkeliaran bebas di media-media sosial.

Grafik di atas diterima pada lewat petang tadi. Dan sebentar tadi pula, ada 'pembetulan' pula yang sampai!!!



Memang mereka ini GILA YANG TERLALU GILA!!!


No comments:

 
Blogger Templates