Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 20, 2015

PERANG! PERANG! PERANG! YANG MENANG, ORANG YANG BERKEPENTINGAN DAN PIHAK LAWAN!!!


Angin tak ada, ribut tak ada, tau-tau berkocak besar!

Bermula dari teguran, kemudian kritikan dan bila diapi-apikan, berlakulah kritikan balas disertai dengan pelbagai pula cemuhan dan ungkitan, akhirnya kedua-dua pihak saling berbalas-balas serangan.

Yang untung dan sengih serta menang tanpa perlu berbuat apa-apa adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Dan menariknya, PAS juga berhadapan dengan situasi yang sama, cuma tidak menggunakan TV3 untuk menelanjangkan sesama sendiri. Barangkali kerana tiada pembabitan daripada orang tertentu dalam PMO yang melihat ini peluang keemasannya untuk meraih kedudukan yang lebih baik selain membuktikan dia adalah perancang yang hebat dan pakar strategik yang tiada bandingan.

Watak-watak seperti KADIR JASIN, TUN DAIM, TUN MAHATHIR, KUMPULAN PRO-NAJIB dan tidak lupa juga watak misteri dengan individu yang tidak ramai tahu sama seperti Rothchild di Amerika Syarikat, yang lebih dikenali dengan initial H.R menjadi bahan tulisan, tuduhan, dakwaan mahupun hujah untuk memenangkan kumpulan masing-masing.

Kedua-dua pihak mendakwa mereka mahu mempertahankan kerajaan yang dipimpin oleh Najib. Satu kumpulan mendakwa mereka mempertahankan Najib dan kerajaannya daripada serangan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri yang tidak berpuas hati kerana pelbagai alasan. Manakala kumpulan sebaliknya pula mendakwa mereka mempertahankan Najib dan kerajaan sedia ada daripada terhumban kerana tumpuan diberikan bukan kepada sasaran, sebaliknya berbunuhan sesama sendiri.

Satu perkara yang menjadi titik persamaan adalah DAIM DAN MAHATHIR merupakan pemimpin yang sudah terbukti. Manakala Najib pula bergelut untuk mempertahankan Kerajaan sedia ada setelah dilemahkan menerusi pelbagai cara, termasuklah dasar pentadbiran yang dipenuhi oleh para pengkhianat dan pemburu harta karun yang cukup bijak bersembunyi di balik tali leher, jawatan, mahupun gelaran.

Walau apa pun alasan yang diberikan, baik dengan alasan mempertahankan Najib atau 'menegur' Najib, apa yang berlaku sekarang, sudah cukup untuk membuatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bertepuk tangan kerana secara tiba-tiba sahaja mereka mendapat peluru hidup dan nyawa tambahan.

Dari Perhimpunan Agung UMNO, serangan ke atas Daim dibuat dengan alasan Daim menyerang Najib kerana masalah perniagaan, tetapi alasan perniagaan bukanlah sesuatu yang kuat, kerana Najib sendiri pun bergelut dengan pelbagai masalah yang telah dijadikan isu lebih awal oleh pihak pembangkang seperti 1MDB dan sebagainya. Amalan lambat memberikan penjelasan dan meyakinkan rakyat, sebenarnya yang menjadi punca. Orang yang diupah oleh Najib untuk menjalankan kerja-kerja ini, sebenarnya telah gagal sama sekali untuk memperbetulkan persepsi dan pengherotan yang telah dibuat oleh pihak pembangkang.

Begitu jugalah dalam kes untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Malaysia tidak mengalami sebarang Krisis Ekonomi seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang. Sehingga setakat ini, hanya segelintir yang SANGAT-SANGAT-SANGAT SEDIKIT sahaja yang berminat untuk memberikan penjelasan, manakala sebahagian besar pemainnya pula lebih berminat untuk menyerang sesama sendiri berdasarkan arahan TUAN masing-masing yang berkepentingan yang langsung tiada kena-mengena dengan membetulkan persepsi atau memberikan penjelasan sebenar kepada rakyat.

Perangai orang Melayu telah dijelaskan secara terperinci menerusi tindakan Megat Seri Rama dalam Tuhfat Al-Nafis dan pembukaan pintu kota oleh Sang Rajuna Tapa untuk membalas dendam ke atas kematian anak perempuannya, Dang Anum bagi membolehkan serangan pihak musuh yang menghancurkan kerajaan Singapura. Semuanya dilakukan semata-mata kerana kemarahan dan kepuasan walaupun akhirnya kemusnahan yang didatangkan itu jauh lebih besar berbanding dendam yang mereka simpan.

Kisah yang sama sedang berlaku sekarang. Walaupun UMNO dan Barisan Nasional sedang memerintah Malaysia, tetapi nampak gayanya, UMNO-BN bukan dikalahkan oleh rakyat, tetapi di kalangan para pemburu harta karun yang mempunyai tuan masing-masing di sekeliling Perdana Menteri sendiri.

Barangkali sudah sampai masanya untuk orang Melayu, Bumiputera dan Islam mula mencari-cari arah sokongan yang baru selain UMNO-BN kerana taat setia dan kepercayaan yang diberikan, telah disalahguna oleh mereka yang berkepentingan dan hanya memikirkan tentang kepentingan mereka sendiri. Tiada gunanya kita, puak marhein, terus terikut-ikut dengan golongan serba pandai untuk melakukan penjahanaman ke atas negara. Apatah lagi kuasa memilih pula berada di tangan kita, puak marhein!!!


4 comments:

Anonymous said...

Puak yg gila harta n sanggup mgadai agama n bngsa ni dh nyanyuk utk ingat bhw tnpa agama n bangsa mrk umpama mcm sampah tbuang.

Anonymous said...

`Barangkali sudah sampai masanya untuk orang Melayu, Bumiputera dan Islam mula mencari-cari arah sokongan yang baru selain UMNO-BN kerana taat setia dan kepercayaan yang diberikan, telah disalahguna oleh mereka yang berkepentingan dan hanya memikirkan tentang kepentingan mereka sendiri. Tiada gunanya kita, puak marhein, terus terikut-ikut dengan golongan serba pandai untuk melakukan penjahanaman ke atas negara. Apatah lagi kuasa memilih pula berada di tangan kita, puak marhein!'

Sokong dan Setuju 100%!!!

1.Apa yang melayu dapat dari pergaduhan ini?

2.DAP dan Anwar ibrahim kerja mereka adalah memberi peluru kepada orang melayu untuk berperang sesama sendiri.

3.Setuju dengan kenyataan bekas hakim Tun Hamid bahawa melayu UMNO,PAS,Isma,Perkasa,JAti dan lain2 parti bumiputra termasuk sabah sarawak perlu bergabung sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan

4.mungkin konsep pelbagai parti melayu boleh diamalkan di beberapa negeri seperti Selangor Perak untuk kita bangkit menentang DAP manakala pemilihan pemimpin biar orang melayu tentukan melalui undi dan dalam masa yang sama konsep pemimpin mengisi tembolok masing2 boleh sekurang-kurang nya di hadkan kalau tidak boleh dihapuskan sama sekali!

5.kita boleh lihat parti DAP seperti cacing kepanasan apabila konsep perpaduan melayu dan bumiputra ini dicadangkan oleh Tun Hamid.

6.Mungkin Tun Hamid boleh kita lantik sebagai pengantara pelbagai parti ini

7.Sudah tentu matlamat utama kita adalah menghapuskan sekolah vernakular yg menjadi lubok ternakan politik kebencian dikalangan kaum cina,india disamping mengeratkan parpaduan kaum sekaligus menghapuskan,menjimatkan perbelanjaan beratus juta setiap tahun progam PLKN dan juga memperkasakan hak kaum bumiputra seperti agama,adat,ekonomi, pelajaran dan lain lain lagi.

Anonymous said...

Kesimpulan apa yang berlaku,najib kena letak jawatan.....

Jgn buat ceritalah ada hantu Nak lagakan najib dan tun mahathir!!!!najiblah mastermindnya.....

Kami masih belum lupa mengenai deal najib Dan anwar waktu sebelum p.r.u lepas!!!!

Anonymous said...

kau cakap anwar dgn lim guan eng gelak bagai....kau tak tanya najib kenapa apa yang dia dah buat???.....hari ni dah makan ke pulut kuning dgn ayam panggang??hehe

 
Blogger Templates